Followers

Thursday 23 August 2012

TIPS jimat minyak petrol


Apa khabar semua. Rasanya dah lama tak tulis entry baru.  Dengan itu saya kongsikan satu entry hari ini berkenaan TIPS penjimatan minyak petrol.

1. pemanasan enjin.
Kita digalakkan memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi membolehkanpembakaran fuel dengan lebih baik, dan dapat membiarkan minyak enjin bergerak keseluruh enjin pada RPM rendah.

Sunday 24 June 2012

OK bah saya bukan pelajar masterchef

Salam petang yang indah. Dah lama saya tak update blog dengan entry baru. Walaubagaimanapun, sebenarnya saya ada tulis entry namun saya batalkan niat nak upload. Seolah hati kata jangan. So dengar kata hati. Kerana hati ini mungkin mengetahui sesuatu yang tidak kita lihat.. entahlah. :)
Apa pun, hari ini saya uploadkan dan kongsi sebagai entry tentang makanan. Sekarang ini, saya bukanlah pelajar master chef. Bukan juga pakar masakan lima bintang. Tetapi saya memasak dengan kata hati saja kot. Sebab saya tak pernah masuk masterchef, kelas masakan atau katering di mana-mana institusi. Pendek kata masak dengan kata hati.

Saturday 9 June 2012

Ok bah jika kereta boleh berkomunikasi tetapi, bagaimana pula dengan kebaikan dan keburukannya

Baru juga buka topik tentang renung ciri perompak mengancam keselamatan kenderaan, terbaca pula akbar online hmetro.Com. "Kereta boleh komunikasi" . Ini lagi power. Kereta boleh berkomunikasi antara satu dan yang lain. Tapi saya masih kurang faham. Adakah ia sistem komunikasi semasa pemanduan sahaja ataupun waktu tidak di gunakan ia masih berfungsi menjaga keselamatan kereta. Tapi lain pula dalam fikiran saya sekarang. Cuba bayangkan jika ia diserang pengodam. Mungkin kesesakan lalu lintas mengejut. Yalah, jika dah melibat komunikasi begini, mungkin sistem komputer canggih adalah pengawal utama atau yang mengatur segala yang berkaitan. Tetapi cuba bayangkan jika di godam oleh perompak untuk menghalang dari di tangkap. Dengan menghantar isyarat brek kereta di hantar pengodam. Mungkin sudah cukup untuk buat kesesakan lalulintas. Jika bukan pengodam pun, seperti berlaku ralat di sebabkan ralat(jika yang mahir membuat perisian mungkin faham ralat yang saya maksudkan) akibat persekitaran yang tidak dapat diproses. Mungkin boleh menjadi masalah juga. Segala kemungkinan ini membimbangkan. Cuba kita bayangkan komputer dirumah. Berapa lama sahaja kita gunakan, dan ada timbul masalah seperti virus. Dan virus ini boleh di gunakan untuk menjadi alat pengodam. Ok bah jika kereta boleh berkomunikasi tetapi, bagaimana pula dengan kebaikan dan keburukannya.
P/S: Jika kereta begini di curi, jika kemudiannya kereta ini telefon pemilik bahawa kereta ini di curi dan memberitahu kedudukannya sekali. Mungkin keselamatan kereta, semakin terjaga. Tetapi bolehkah mencapai tahap menjadikan 0% kecurian? Tak tahulah...

Ok bahkan renung ciri-ciri perompak yang mengancam keselamatan kenderaan

Nak buka topik tentang ancaman perompak terhadap keselamatan kereta pula. Selalu kita baca di surat khabar tentang kecurian kereta. Bermacam jenis kereta yang di katakan hilang. Tetapi jika di lihat teknologi keselamatan kereta sekarang boleh dikatakan sudah maju, seperti Alarm kereta, GPS, Steering Lock, dan mungkin banyak lagi teknologi lain. Namun masih ada berita tentang kehilangan kereta. Mari kita bayangkan ciri-ciri perompak ini.
1. Pengetahuan tentang kereta.
- Seperti yang kita tahu. Kereta mewah mungkin paling mudah menjadi sasaran. Yalah, harga mahal. Sekali dapat, dari dompet berhabuk terus boleh jadi berjalurkan emas dan mutiara. Tapi tak jumpa kereta mewah. Asal ada, kereta lama pun boleh jadi.
2. Kemahiran.
-Seorang perompak juga mungkin gunakan kemahiran yang paling mantap. Yalah, nak buka pintu kereta, bukan senang bagi yang tak tahu. Tidak hairan jika ada perompak yang di tangkap mempunyai paras level tinggi dalam banyak bidang kemahiran.
3. Peralatan.
-Nak buka, nak pecah masuk, nak hidupkan engine dan bermacam lagi, ini memerlukan alat. Perompak mungkin punyai alat canggih atau kreatif atau sebagainya. Nak bongkar kereta mewah, bukan perkara mudah bagi yang tak tahu. Tapi mungkin dengan alat,yang kurang tahu pun mungkin berjaya merompak.
4. Pautan.
-Pautan yang saya maksudkan, hubungan perompak dengan kolompok lain. Seperti yang kita tahu tentang pautan, mungkin kereta yang telah di rompak bukan untuk digunakan tetapi untuk dijual sama ada dalam bentuk perkakasan atau masih dalam keadaan sebuah kereta. Jadi perompak mungkin terpaksa guna orang tengah yang mungkin satu kolompok lain.
5. Peta
-Saya maksudkan peta adalah, perompak mungkin kenal sangat selok belok persekitaran tempat rompakan. Yalah nak loloskan diri dengan cepat. Jika lambat, mungkin rompakan itu gagal.
Ok bah kongsi pandangan tentang ciri perompak untuk beringat, berhati-hati selalu. Cuba kita fikir 5 perkara diatas. Bukankah dapat digunakan untuk kerja yang bukan merompak. Kerja yang lebih jauh baiknya. Seperti penghantar barang, service kereta, pemandu pelancong, dan bermacam lagi. Cuba kita fikir ciri ini semula.
1. Pengetahuan.
Cuba kita fikirkan jika perompak gunakan pengetahuan untuk menjadi pekerja jual kereta. Yalah tahu tentang kereta. Lebih mudah nak terangkan kelebihan dan kekurangan sebuah kereta.
2. Kemahiran.
-Jadi kalau dah mahir, lebih baik kerja service kereta. Dari menjadi pekerja biasa hingga membuka pusat service sendiri.
3. Peralatan.
-Dah cukup alat, boleh buka pusat service kecil-kecilan. Betul tak?
4. Pautan.
-Boleh cari banyak kolompok untuk jadi orang tengah. Jadi, jika guna cara ini untuk cari orang tengah bagi menambah pelanggan yang datang ke kedai service. Selain tu cara ini juga boleh di gunakan untuk dapatkan alat ganti dari luar yang bukan dari hasil rompakan.
5. MAP
-Jika dah tahu kedudukan, atau selok belok satu kawasan, lebih mudah buat service kereta dari rumah ke rumah atau dari satu tempat ke satu tempat. Ini lebih memudahkan pelangan dan pelangan tetap mungkin menjadi lebih ramai..
Jadi jika kita fikirkan. Adalah lebih baik berkerja pada kerja yang baik walaupun mungkin bergaji rendah. Tapi lebih terjamin. Yalah, cuba kita bayangkan. Jika selepas dah merompak beberapa hari, dan tertangkap, lalu dipenjara bertahun-tahun. Ini sangat merugikan diri sendiri.. Ok bahkan renung ciri-ciri perompak. Dan berhati-hati selalu.

Friday 8 June 2012

OK BAH Kongsi Jadual Euro 2012

Saya nak kongsi Jadual Perlawanan EURO 2012 di sini. Namun Waktu ini tak ada idea nak mencorak coretan. Jadi saya kongsi Link Uefa.com. nanti sesiapa minat bola klik UEFA.COM.
Euro 2012 edisi

P/s: Mula mula pandang, lepas itu dekat, lepas itu tendang... Gooolllllllll!!!!!! . hihihihi. Just Joke...

Tuesday 5 June 2012

Ok Bah merasa bahang euro 2012

Bahang EURO 2012 semakin terasa bagi peminat sukan bola sepak. Hanya beberapa hari lagi. Mengikut maklumat yang saya dapat dari akhbar berita harian keluaran khas beberapa hari lalu, EURO 2012 dimulakan dengan empat kumpulan utama.

Kumpulan A
1.)POLAND
2.)GREECE
3.)RUSIA
4.)REP CZECH


Kumpulan B
1.) BELANDA
2.) DENMARK
3.) JERMAN
4.) PORTUGAL


Kumpulan C
1.) SEPANYOL
2.) ITALI
3.) IRELAND
4.) CROATIA


Kumpulan D
1.) UKRAINE
2.) SWEDEN
3.) PERANCIS
4.) ENGLAND


P/s : OK bah kongsi maklumat EURO 2012. Betul tak. Bayangkan dah sampai pelawanan akhir euro 2012 nanti, jika ada lagi guna sotong (octopus) untuk tentukan. Sotong tak nak pilih. Lambung duit siling, tak nak rebah duit siling itu. Nak teruskan perlawanan asyik dapat sama mata. Bagaimana nak bagi ada pemenang erk. :)

 Rujukan: berita harian keluaran khas.

Sunday 3 June 2012

OK BAH MAP Exploration about my homeland

I built thats pages as before. Now I call this as "MAP Exploration". This time, these pages are links to other websites. It is appropriate to recognize the culture of my place and else which are very interesting. I built these pages so visitors can know more about the origin of my homeland. But some of this site is still under construction, there are still some places that I have not found a link. Hopefully with this link, all my blog visitors can know more of my homeland very interesting. OK BAH "MAP Exploration". Welcome To All Visitor. Just click the green circled and flight icon to open other link.  Hopefully it's help. 

Ok bah tengok lakonan Allahyaham Sudirman haji arshad

Jom tengok 'Kami' di astro 104 sekarang ini. Kisah suka duka dua orang anak jalanan meneruskan hidup sambil mengejar 'impian'. Filem Lakonan Allahyaham Sudirman Haji Arshad. Ok bah tengok filem Lakonan Allahyaham Sudirman Haji Arshad.

Ok Bah with silent morning

With silent morning I wake up so early raining come with blowing cold air and be veiled the tick of bead water and me just lying on the older bench feeling the great like chain of confusion Released with time accordance with silent morning... p/s: Ok Bah with silent morning, tak tahu betul kah tak susun kata dan tatabahasa saya itu. Oh my english saya ini. :)

Saturday 2 June 2012

Ok bah menggunakan facebook , tapi kenapa facebook kena godam.

Laman Facebook kena godam. Tajuk berita mymetro saya ada baca tadi. Erm. Kenapa ini berlaku. Inilah mungkin risikonya mempunyai laman sosial sendiri. Yalah, seperti artis yang terkenal seluruh negara, namun digosipkan bermacam-macam perkara. Mungkin begitu jugalah laman ini. Bila sebut godam, banyak jenis cara menggodam yang pernah saya baca.

Thursday 31 May 2012

Ok Bah coret tentang filem gerimis mengundang

"Gerimis mengundang".. Tajuk ceritanya.  Bosan tak ada idea menulis entry tadi. Then saya baca surat khabar. Waktu itu, lembaran surat khabar, aku buka satu demi satu.( macam tulis diari luahan pula.Hehehe) ok bah masa baca newspaper tadi, terbaca satu iklan filem yang di tayangkan di pawagam sekarang(31.05.2012). Iaitu bertajuk "gerimis mengundang".

Wednesday 30 May 2012

Ok bah Coretan Tentang Samsung Galaxy S III dan pandangan kriteria pemilihan telefon

Sebentar tadi ada terbaca di mymetro secara online. Tajuknya "Samsung Galaxy S III di pasaran esok". Tapi asyik dengar samsung galaxy tapi belum pernah memiliki hingga saat ini. Namun apa yang kita ada, kita kena syukuri. Betul tak? Pendapat saya sekarang ini, membeli benda elektronik seperti telefon dengan berpandukan beberapa kriteria.

Ok bah merenung tentang semut

Oleh kerana malas nak ikut serta berkelah (jalan-jalan..) pagi ini. Saya ke kebun. Ya hujung bulan saya kena save bujet. Jadi di kebun ini, saya tak buat apa-apa sekarang ini. Tapi namanya kebun. Kebun yang berdekatan yang boleh di anggap hutan. Jadi penghuninya bermacam-macam. Si monyet, si kancil, si burung, si tupai dan bermacam lagilah mungkin ini. Pagi ini angin sedikit kenyang membuatkan rasa tambah sejuk.

Sunday 27 May 2012

Ok Bah E-Shop

Ok Bah E-Shop saya masih bertulis 'belum ada stock'. Hakikatnya saya masih mencari sesuatu untuk dijual. Dimana kos penghantaran rendah dan selamat. Saya mahu beri keutamaan kepada pelanggan atau pelawat, agar terjamin setiap urusan. Saya ada juga terfikir nak jual barangan kraftangan yang boleh digunakan seharian,seperti dompet, tempat alat tulis, perhiasan, dan bermacam lagi. Kerana kawasan daerah saya ini ada mengeluarkan bermacam-macam kraftangan. Saya masih tercari-cari penyelesaian impian saya ini. Sebelum ini saya pernah membuat link bergambar. Iaitu dalam satu gambar dibahagikan banyak kawasan dan mempunyai link berbeza. Cara ini boleh di guna pakai dalam paparan E-Shop. Apa pun, saya harap ada pelawat blog ini dapat beri pandangan tentang Ok Bah E-Shop saya ini.. Atas kesudian anda melawat blog ini, saya ucapkan terima kasih.

Ok bah beri hadiah hari lahir ikut kemampuan untuk pasangan.

Apakah hadiah yang sesuai untuk pasangan pada hari jadinya? Bagi saya sekarang ini, hadiah nilainya bukan pada harga dalam mata wang, tapi pada keikhlasan hati. Ucapan sebaris lebih indah dari rantai emas seutas. Betulkah? Masing-masing mungkin punya pendapatkan.

Thursday 24 May 2012

Ok bah beli 1Malaysia Pad

Siapa ada membaca mymetro online hari ini. Ada berita tentang '1Malaysia Pad'. Harga pengenalannya pun hanya RM999 berdasarkan berita mymetro itu. Dan bagi pelajar yang mempunyai kad diskaun siswa, akan dapat diskaun. Aplikasi dalam tablet ini adalah mesra pengguna. Bagi yang berminat menempah secara dalam talian bolehlah melawat laman www.maltechpro.com . Ok bah beli 1Malaysia Pad untuk kita kenali lebih dalam tentang ICT. Kalau kita pernah guna jenama Apple, samsung, sony punya tablet baik. Rasanya bagus juga kita cuba pula guna 1Malaysia Pad.

Wednesday 23 May 2012

Ok Bah kongsi mengawal tekanan di tempat kerja

Nak kongsi satu topik terlintas dalam fikiran tadi mengenai tekanan. Banyak jenis punca tekanan. Tapi satu topik terlintas difikiran saya tadi adalah mengawal tekanan di tempat kerja. Pada pandangan saya apabila

Ok bah berusaha mengubah taraf hidup ketahap lebih baik

Ini duit punya cerita. Memang benarlah usaha tangga kejayaan. Sebentar tadi, dapat keratan tuntutan perjalalanan yang bermakna bakal masuk atau telah masuk tuntutan tersebut. Yalah dalam kerja seharian saya,ada waktu perlu keluar kekawasan lain untuk bekerja. Sama ada pejabat atau pun luar pejabat atau sebagainya.

Monday 21 May 2012

Ok Bah, try to becalm

I'm really feel bad now. Three day without broadband device. Last week, I was take out my broadband card from broadband device. Then I'm forget where I keep it. If I never found it, better just buy new one. But it's wallet talking. Erm. Without broadband device I'm stuck for uploading on this blog now. May be, my phone problem or else, I'm not sure. Because I can use my phone only for online now. But ok bah, try to becalm. May be, because this, I got new one. Even feel bad now. Hopefully I can found it againts.

Sunday 20 May 2012

Ok bah facebook, pandangan dan lakaran.

Muka buku atau facebook. Ini saya terfikir kebaikan keburukannya. Yalah banyak saya terbaca tentang perkara ini dimana-mana. Sebelum facebook, saya biasa dengan friendster. Penggunaannya lebih kurang serupa. Serupa iaitu pada satu pekara yang ketara. Komen.

Saturday 19 May 2012

Ok bah try and error to exchange any opinion each and other

I'm thinking about some comment before. I like that comment. It's concern to my blog language. I think before this, major of my entry using malay language. Even some times, me want to write in other language especially in english as my mind say it's global language. But when I try to find any idea and write in english, just a few minute, i'm stuck. And sometimes i'm lose word. I just try to write this post in english as try and error. Ok bah try and error to exchange any opinion each and other. Anyone have idea for writing in english skill.

Ok bah, Jalan-jalan lihat alam semula jadi

Hari ini, aku ke kebun buah. Tapi bukan musimnya, kalau musimnya. Puas mungkin makan. Erm, pemandangan kat kebun bagi saya cantik. Tempat kawasan tinggi, nyaman rasanya. Kalau bunyi membingitkan macam di tengah kota. Kurang, tapi kadang-kadang ada juga sebab salah satu laluan utama ke satu kampung serta laluan pemilik kebun lain.


Monday 14 May 2012

Ok Bah Tempat duduk percuma AirAsia

"Tempat duduk percuma AirAsia" tajuk berita online diakhbar hmetro. Wah bagus ini. Mengikut akhbar,AIRASIA Bhd (AirAsia) syarikat penerbangan tambang murah menawarkan 250000 tempat duduk percuma  untuk direbut dari 1juta kerusi promo ke semua destinasi dalam rangkaian laluannya.

Ok bah terima kasih kerana melawat blog saya

Ok. Catatan ini saya tulis selepas saya ketahui dalam akaun nuffnang sudah mula ada Earning masuk. Bukan lagi kosong seperti sebelum ini. Bukan nak melebih-lebih, sekadar nak berkongsi cerita.


Sunday 13 May 2012

Ok Bah Simpan Sebagai Koleksi Lama


Sekadar Gambar Hiasan
Siapakah pernah melihat benda ini. Ini ibarat harta turun tumurun, yang mungkin dari beberapa keturunan sebelum ibubapa saya. Yalah, kepada yang punyai benda serupa seperti ini pasti lebih faham, tentang bentuk pembuatannya.

Saturday 12 May 2012

Ok bah bersastera menghembus nafas kepuasan

Saya tak mampu huraikan topik waktu ini. Jadi tak apa, juga jika saya selitkan satu puisi. Ok bah bersastera  menghembus nafas kepuasan.

Tajuk : Bangunku di pagi hari

Ok bah bicara tentang alam dan teknologi

Apa yang pandangan yang timbul di sudut fikiran saya tentang gambar ini.

Friday 11 May 2012

Ok bah ringkas dan mudah dibawa

Hari ini saya ambil cuti rehat atas urusan di Kota Kinabalu. Erm selesai semuanya, kami singgah makan di tuaran dan sebagainya(nanti banyak pula coloteh saya.Hehehe) Dalam banyak tempat saya sebenarnya nak cerita satu tempat.

Wednesday 9 May 2012

Ok bah belajar dari melihat jalan cerita kejayaan orang lain

Bosan duduk tak ada idea nak melukis kata. Jadi teringat salah satu carian saya siang tadi. Tentang senarai terkaya. Ada buat carian terkaya taraf satu dunia, ada juga membuat carian terkaya di negara kelahiran saya sendiri.

OK Bah Top 10 Pemberi Komen menjadi draft

Saya terpaksa menukar "ok bah top 10 pemberi komen" sebagai entry draft. Tajuk widget saya pun saya da ubah "top 10 pemberi komen" menjadi "10 pemberi komen terpilih". Bukan apa, saya bimbang ada

Monday 7 May 2012

Ok Bah 6 perkara mencari kerja

Mencari topik, itu lah hakikat penulis yang telah tulis entry ini iaitu Admin Diari FEDO. Ok bah, satu topik melintasi sel otak saya kot. Tempat kerja. Bagi saya salah satu perkara dalam pandangan yang saya lihat, keperluan sebelum mencari kerja.

Sunday 6 May 2012

OK BAH Kalau Ada banyak Duit,

wow. Ini lagi kerana harta punya cerita . saya terbaca di akhbar online metro. "Kapal layar RM45 juta". Murah tak? :). Yelah tu murah kalau matawang rupiah 45 juta. Ini RM punya cerita.

Saturday 5 May 2012

Ok Bah Syukuri Apa Yang Ada Sekarang

Ok tak kalau jadi billionaire. Jumpa satu berita online metro tadi mengenai "Harta Zuckerberg dijangka berjumlah RM54 bilion". WOw. Banyak tak harta Mark Zuckerberg. Kalau saya ada sebeanyak harta begini, rasa nak beli satu pulau. Pulau itu dijadikan istana. ISTANA FEDO. Cantik tak.. Tapi lapangkah jika

Ok Bah Komen Terbuka Yang Baru

Saya mencari pembaharuan pada komen terbuka saya sebelum ini. rupanya ada lagi cara lain. Rasanya lagi mudah.

Ok bah buat kerja dengan senyap

Erm. Bila tengok cerita Mr. Bean. Terlintas di fikiran satu perkara. Betul kah mr. Bean, menjadi top kerana tidak banyak bercakap, lebih banyak melakukan kerja. Yala maksud saya lakonan banyak kepada gimik. Gimik yang

Friday 4 May 2012

Ok bah ubah bentuk blog guna html

Saya mencari cara nak buat blog page dengan komen terbuka tadi. Puas juga saya try and error, dengan lain yang berubah-ubah jadi slow. Jadi fikir memanjang. Kemudian bila suria bertapuk. Pandangan bintang pula di liputi awan.

Thursday 3 May 2012

Ok bah guna mesin taip lama

Sebut tentang mesin taip jenis yang tidak guna elektrik. Yala ada juga kan mesin taip guna elektrik. Di pejabat, ada kerja yang lebih mudah dan cepat guna mesin taip. Yala, spacing manual pun boleh. Ada tiga kebaikan yang lebih ketara bagi saya.

Tuesday 1 May 2012

Ok bah genius tapi kerja kawal lalu lintas

Siang tadi terbaca tentang pekerjaan lelaki genius di akhbar metro online. Wah, kawal lalulintas saja kerja dia. Gelaran doktor, tapi kerja kawal lalulintas. Sedangkan mengikut dalam akbar ini, lelaki ini mempunyai 11 ijazah universiti. Boleh bertutur dengan lancar 5 bahasa. Lelaki ini bernama Dr Bruce Berry dan antara
orang paling pintar di Britain, bekerja sebagai pengawal lalu lintas di sebuah sekolah. Ini kali lah. Kalau saya la sepintar dia

Ok bah kenal nuffnang dan status glitterati

Sebenarnya Glitterati tu apa? Status nuffnang saya nampaknya dah ubah pergi Glitterati. Tapi saya masih tak faham maksud Glitterati. Kalau pasal nuffnang saya masih belum faham sangat. Ok bah start with zero. Try and error sajalah.Hehehe

Ok Bah selenggara brek perodua kembara

Dari duduk tak watpa. Ok nak kongsi apa sebentar tadi. Apa saya buat, adjust break kereta kembara. Hand break dia perlu tarik lebih kuat. Dalam buku saya pernah terbaca. Standard hand break daihatsu feroza adalah 6 tik di hand break.

Sunday 29 April 2012

Ok bah kereta idaman saya

Ok. Teringat pula tentang kereta kegemaran. Nak kongsi dalam bloglah pula. Kereta impian saya sebelum ini adalah kereta kura-kura keluaran lama.(wolkwagen). Hehehe. Kenapa saya suka kereta ini, saya tertarik pada reka bentuk.. Ciri-ciri dalaman adalah perkara kedua. Mungkin ramai juga yang suka kereta lama begini. Pernah saya tonton dalam talian laman web, salah satu kereta kura-kura ini boleh terapung di atas air. Hebat tak? He2. Entah benar atau tidak. Tapi sampai sekarang saya masih minat kereta ini. Cuma harganya saya kira masih mahal walaupun kereta kura-kura jenis lama. Ok bah kereta kura kura lama kalau ada dapat murah. Nanti ganti enjin dengan engine baru. Kalau boleh sumbat.He2. Ok bah kereta idaman saya sampai sekarang. sekian.

Ok bah tengok saluran astro.

Wah lebih 130 siaran astro dari 27.O4.2012 hingga 06.O5.2012. Puas lah tengok astro ne. Ok bah tengok cerita di astro ja dari merayau waktu cuti kalau sekarang. Mahu bayar penat kan. Duduk kat rumah je lah.He2

Ok Bah Dignosis sendiri printer

Teringat masa cek printer baru beberapa hari lalu. Lucu.. Printer yang masih baru. Jenis epson. Masih berbaju plastik lagi. Tapi ada signal dalam paparan lampu printer, menandakan ada error masa cuba untuk scan. Sebab printer ini boleh guna untuk scan.. Jadi saya pun cek di buku manual printer. Kalau lampu penanda macam dalam gambar ini menyala bermakna ada masalah mengenai bahagian catrige. Tapi baru beli. Tak kan sudah habis

Ok Bah Kisah Cinta Luar Biasa

Cinta luar biasa. Apa benda itu. Bagi pendapat saya, cinta ini banyak jenis. Tetapi saya tertarik cinta luar biasa. Beberapa jenis Cinta luar biasa saya fikirkan benar benar luar biasa lah .
1. Cinta antara dua benua.

Friday 27 April 2012

Ok Bah Selenggara Sendiri handphone

Pagi ini. Lepas sarapan. Saya rehat sebelum bersedia pergi pejabat. Jadi handphone my uncle punya seolah ada masalah sim . Masalah handphone ini 1 je. Tak detect kad sim handphone. Jadi langkah saya selesaikan masalah ini saya ringkaskan di sini:
1. Buka sim,
2. masukan sim lain yang bagus punya. Dan jika handphone tak ada masalah,saya anggap masalah adalah pada sim, dan jika apabila guna sim lain handphone masih ada masalah, saya anggap masalah handphone. Tetapi masalah handphone ini saya anggap masalah sim kerana, bila guna sim lain. Ok pula.
3. Jadi saya gosok flat sim semula dengan kertas putih. Lepas itu saya pasang pergi telepon. Nampaknya jadi ok sudah. Dan boleh saya tarik nafas lega.
Ok bah selenggara sendiri handphone. Tapi hal selenggara ini tadi "try and error" saja bah.

Thursday 26 April 2012

Ok bah makan cendawan yang tumbuh di hutan

Hari ini kerja tak rasa 4pm lebih.Macam tak pecaya. Masih mampu buat kerja. Walaupun pagi minum 3 in 1 nescaffe ja. Dan ada maka sejenis cendawan dari hutan yang mama saya kutip. Nanti saya share gambar dia. Mungkinkah sebab itu masih ada power walau tak makan tengahari. Saya pun tak pasti. Tapi apa yang saya dengar cendawan jenis yang saya makan pagi tadi ada khasiat. Dan saya makan pun bukan di masak tapi membuka kulitnya dan makan isi begitu sahaja. Isi dia macam jelly. Fresh bah. Ok bah makan cendawan yang tumbuh di hutan. Tapi mesti kenal cendawan itu baru kutip ye.
Ok bah. Walau apa pun mungkin semangat kerja saja juga kot. :)

Wednesday 25 April 2012

Ok Bah pakai template yang sedia ada,


Rasanya saya belajar dan menggunakan blog sebagai salah satu saluran tambahan bukan sebulan dua lagi. Tapi blog lama saya,rasanya sudah saya terminated. Namanya belajar dan baru nak kenal, so ada yang saya terminated,ada juga mungkin saya ubah URL. Termasuk blog ini pun url dah penah ubah. Tak ingat sangat dah semua blog lama. Ok, bukan itu nak saya kongsi sebenarnya dalam pos ini. Bukan sejak bila saya buat blog tetapi tentang dua perkara. Iaitu paparan blog dan loading time.
Ramai rasanya suka pada paparan cantik. Begitu juga saya. Nak letak macam gambar, nak ubah bentuk blog, nak ubah suai semua paparan yang ada dalam blog cantik.
Tetapi.

Tuesday 24 April 2012

Ok Bah Reka Perisian Sendiri


Selamat petang. Ok bah nak kongsi tentang perisian komputer pula. Dalam laman-laman di internet ni kita boleh muat turun bermacam jenis perisian. Tapi perisian percuma ini kita kena hati-hatilah. Takut nanti ada udang sebalik mee.  Jika kita faham juruaturcara perisian, rasanya bukanlah kerja mudah. Tetapi bukan itu saya nak kongsi.

Sunday 22 April 2012

Ok Bah Baiki Latop Sendiri.

Waktu rehat di hujung minggu begini, rasa bosan. Oleh itu, saya cuba cari benda nak kongsi. Ok dapat satu. Membaiki latop hawlet package yang telah di tukar motherboard pergi dv2000. Masalah latop saya yang utama sebelum ini, boleh di hidup semula, kipas pun berpusing, tapi tak ada apa-apa paparan. Gelap sahaja monitor latop. Jadi saya ada cuba cari maklumat di internet. Bagi pemahaman saya ia seperti ini. Hidupkan latop untuk memanaskannya. Selepas itu matikan dan buka motherboard latop. Letak di tempat sejuk(saya pernah letak di peti sejuk dengan lebih kurang bersama separa kulit latop sekali) tetapi sebelum itu perlu dibungkus dengan plastik kedap udaralah rasanya paling bagus. Takut nanti basah pula. Beberapa minit keluarkan dan pasang semula motherboard di latop. Dan bila hidup dengan bagus. Update bios tersebut.
Tetapi cara ini macam masih ada kurang.Jadi saya cari caranya. Kerana cara tadi, pernah jadi bagus. Tidak tahu sebab cara itu atau kebetulan. Saya tak ingat terus jadi bagus atau tidak. Kerana cara itu rasa masih ada

Saturday 21 April 2012

Ok Bah Masak Cendawan Cara Kampung


Cendawan adalah sejenis kulat yang biasa tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan juga boleh di jadikan herba yang berguna bagi manusia. Cerita tentang cendawan, orang kampung di tempat saya selalunya mencari cendawan yang tumbuh meliar di hutan. Dan cendawan itu selalunya tumbuh dan lebih mudah di temui di batang pokok getah yang telah mati. Ada juga di temui di atas tanah, batang pokok mongkulat yang telah mati (nama pangilan sejenis pokok yang orang kampung di sini panggil), dan banyak lagi pokok lain.
Selalunya tips orang kampung di sini mengenal pasti cendawan yang tidak berapa di kenali adalah dengan melihat semut.Tapi apa pun jika tak kenal cendawan lebih baik jangan kutip. Sebab, kita takut ia memudaratkan kesihatan.

Tuesday 17 April 2012

Ok Bah Cermin Mata Gelap

Cermin Gelap kereta punya pasal, siapa sanggup kena denda?. Itulah kita kena beringat tentang cermin gelap. Mengikut satu maklumat saya dapat dari satu ucapan dalam berita online, kecerahan cermin depan dan belakang haruslah 70% keatas dan cermin sisi melebihi 50%. Begitulah syaratnya.
Memang cermin gelap juga salah satu keperluan. Bayangkan kalau memandu panas terik, kalau tak ada langsung cermin gelap ada kala silau. Lebih lagi memandu menghadap matahari. Tapi boleh guna cermin mata gelap kan. Ok Bah pakai saja cermin mata gelap. Lagi nampak bergaya. Cermin gelap ikutlah aturan. Kan bagus lagi kalau guna bayaran denda untuk isi minyak kereta .. Sendiri mahu ingatlah.

Sunday 15 April 2012

OK BAH Buah Ajaib

Ok Bah Buah Ajaib. Buah Ajaib atau merujuk kepada wiki nama saintifik dia Synsepalum dulcificum dan ada juga dalam wiki disebut "Miracle Fruit","Miracle Berry" dan macam-macam nama lagi lah. Yang pasti saya panggil saja Buah Ajaib. Melilit lidah nak sebut pula kalau sebut nama saintifik dia, biasa saya orang kampung.. Hehehe.
Ok Bah, buah ni bentuk dia bentuk bujur lebih kurang. Lepas tu sebelum masak warna hijau, bila dah masak dia berwarna merah begitu.Yang saya perna jumpa biji dia ada satu saja didalam sebiji buah (dalam dunia siapa yang tahu kadang ada tumbuhan tumbuh ganjil tak seperti kebiasaankan, Hehehe). Merujuk kepada laman wikipedia, buah ini kalau kat Jepun, popular di kalangan pesakit kencing manis dan diet. Yalah sesuailah pun bagi golongan pesakit ini sebab, bila kita kunyah buah ini (macam hisap gula-gula), lepas tu kita rasa benda yang asam jadi manis. Saya pernah makan buah hutan (kira Buah juga bah kan)  yang orang kampung di sini panggil LIPOSUH (nama dalam bahasa dusun Sabah, bahagian kampung saya. Tempat lain saya tak pasti dipanggil apa..), Kalau makan macam biasa buah tadi rasa masam. Tetapi selepas mengunyah seperti saya tuliskan tadi Buah Ajaib ni, Kalau gigi masih gagah, Buah Liposuh tadi boleh makan macam makan epal saja. hahaha. Rasanya pula menjadi manis.
Ok Bah kan Buah ajaib. hebat sungguh. Nanti saya kongsi gambar buah Buah Ajaib. Sebab, saya dah petik buah yang masak pagi tadi, masa nak makan limau. :)

Rujukan Wikipedia 

Saturday 14 April 2012

Ok Bah Di Centre Point

Bangunan Centre Point KOta Kinabalu
Gambar Centre Point Kota Kinabalu
Dari Luar. 
Ok Bah Jalan-jalan di CP... Itulah kata yang dapat saya ungkap. Kerana tempat ini kalau dalam tulisan sukar nak perbayangkan lebih dalam tentang  tarikan, ia yang memang OK. :) . Dan bila sebelum ini ada saya baca di surat khabar tentang Centre Point (CP). Nampaknya Centre Point (CP) bakal diberi nafas baru, beberapa perubahan yang saya nampak dalam gambar memang menarik dalam surat khabar. Siapa tak kenal CP kan. Kalau yang biasa di kota kinabalu memang CP ini salah satu jadi tumpuan. Kedai buku, kedai komputer, cyber cafe (CC), pawagam, kedai pakaian, dan banyak lagi memang ada kat CP sekarang.
Bangunan Centre Point KOta Kinabalu
Centre Point Kota Kinabalu 
Masa awal-awal sambung belajar di kota kinabalu kadang-kadang sampai malam di centre point,dan kadang rasa nak tergelak pun ada bila terbayang semula. Bila naik lift pun rasa lucu bila ingat balik. Apa tidaknya, kat pekan dekat kampung sampai sekarang mana ada pakai lift. Baru merasa lift masa itukan. Tak ingat sebelum itu masa jalan dekat Kota Kinabalu ada pena naik lift atau tak. Jarang-jarang turun ke Kota Kinabalu sebelumnya. Anak kampungan betulkan saya ini. Apa-apa jalah. Ok bak anak kampung. Hehehe.
Ok sambung cerita Centre Point. Ada saya ambil gambar sedikit sebanyak mengenai centre point. Mungkin ada penambahan yang buat lebih menarikkan.
Ok nanti kita lihat bila dah siap perubahan nanti. Mungkin masa selesai pembaharuan ada kelainan yang lagi menarik. OK BAH Centre Point kan. He2

Ok Bah Tunduk Macam Padi Berbuah

Ok Bah tunduk macam padi berbuah, lagi berisi lagi tunduk, betul tak . Begitu lah resminya padi. hehehe. .Erm takada idea nak kongsi. :)

Thursday 12 April 2012

Ok Bah rajin baca surat khabar

Sebelum ini saya ada update facebook, nampak gambar yang di kongsi rakan fb macam Amaran tsunami di beberapa tempat. Saya ingatkan foto ini foto lama atau sekadar share benda lama. Yalah facebook punya cerita, kita kena berhati-hatikan. Silap aturannya, karang diri sendiri haru biru nanti. Sebentar tadi baru aku ada baca berita di surat khabar hari ini punya.. "GEMPA BUMI 8.9SR DI ACHEH CETUS AMARAN TSUNAMI" begitulah bunyi tajuknya. Nasib baik jauh dari tempat aku ini. Kalau tak Dah terantuk kang baru kata aduh. Ini lah tak buka berita dalam TV. Tapi TV rosak (alasan je kan. Ada tv abang kat sebelah rumah). Ok Bah rajin tengok berita kan. Ne otoromen ja di tenggok kot (buat lawak pula :) ).
Ok mengikut berita gegaran gempa bumi bepusat di 364km ke barat daya daerah simeulue menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di kawasan pantai di beberapa povinsi di sekitarnya dan di beberapa negara Asia Tenggara.
Ok bah rajin baca surat khabarkan . Ok lah Nak cerita lanjut. Beli surat khabar sendiri. :)

OK BAH makan di sponsor


Pagi hari ni makan free. selesai aku taklimat. Ada sponsor. Apa lagi lau da free minta la apa saja. Tapi dah besa bujet. Yang terlintas di fikiran makanan yang boleh kata biasa saja. Nasi goreng ayam. Minum. Segan nak minta lebih. Ni la walau ada sponsor kena jangan lupa diri kan. Yala orang kata ala kadar. Cukuplah. (entah - entah hari ne je,lain hari, lain cerita.) Ingat pasal makanan ne, kena juga jaga pemakanan kan, yang sedap itu kita mana tahu kandungannya. Jadi makan pun kena hati bukan pandu kereta je. Penting ada tenaga buat kerja.
Dah nak selesai makan member biasa, baru turun makan sama. Sama juga ada sponsor.. Rugilah kalau lepaskan. Menu sendiri pilih lagi itu. Ni best kan kalau kerja luar ada masa tu kena ditanggung makan.
Erm ok bah kan makan free sebab ada sponsor... ;)

Wednesday 11 April 2012

Ok Bah kan kreatif

Penat. Juga lah tadi. Baru bongkar TV lama. Dan cuci kulit TV tu. Nak buat CPU guna kulit TV lama. Kalau da jumpa monitor yang sesuai. Nak juga terus pasang sekali monitor. Dulu pernah juga belajar komputer. Sedalam mana, biar saya saja tahu sekarang. :)
Lepas ini nak senaraikan perkakasan CPU dan nak lakar tempat sesuai nak letak motherboard perkakasan CPU yang lain di dalam. Warna casing TV lama yang saya guna sebagai casing CPU masih fikir. Sama ada nak cat atau biar yang asli atau tengoklah nanti. Ok Bah kan kreatif sikit.

Ok Bah menoreh getah

Nyamuk.Banyak sangat. Duduk dalam kereta denga cermin terbuka sedikit sekarang. Nyamuk mengganas meneguk darah saya.. Mungkin tak lain tak bukan sebab parking kereta dekat kebun getah. Ni baru kat dalam kereta. Cuba bayangkan tempat menoreh. Mungkinkah ada juga kurang atau tiada nyamuk. Tak pastilah udah.. Hehehe...  Saya tidak biasa menoreh sudah ini. Cuma dulu masa menganggur, pernah juga ikut menoreh. Penat juga, bau itu kalau da biasa, nyaman masih saya rasa. . Dan siapa perna merasa mesti tahu sangatlah itu. Tapi apa pun nyamuk banyak begini ada juga buat orang pakai racun nyamuk masa menoreh. Kreatif bah. Letak tempat racun nyamuk kat belakang beg, dekat samurai kampung (parang lah maksd saya), ikat dengan tali pinggang, dan lain dari itu lagi mungkin. Kreatif bah. Apa pun Ok Bah menoreh getah biarpun mungkin banyak nyamuk

Tuesday 10 April 2012

OK BAH kampung saya

Petang sudah. tapi belum gelap gulita nyamuk dah mengganas. Entah dari mana dia membiak. Kot kat parit, atau mana-mana yang berair. Nak pakai racun nyamuk tetapi awal sangat. Kena jimat.Di kampung mesti pandai maksimakan penjimatan. Tak apa. Bila nanti nyamuk datang, nanti saya bagi tamparan. Baru koh tau nyamuk. :) .
Tapi apa pun keganasan nyamuk, Ok bah di kampung ini. Suasana dia nyaman. Duduk kat beranda , nampak kat luar menghijau. Udara sejuk saja..

OK BAH Blogger.com

Rasa nak buat laman blog di bawah wordpress.com. Dan nak daftar yang tidak ada tulis wordpress.com dibelakang laman utama. Tapi bila fikir balik bagus teruskan dulu guna blogger.com ini. lagi pun kalau yang tak letak ".wordpress.com" nampaknya berbayar sekarang. Lagipun dah banyak saya belajar cara gunakan bloggger.com. Kerana saya sekarang ne lebih minat grafik. Cuma bila fikir nak letak grafik yang cantik nampak macam berat pula buka laman blog ini. Mungkin benar berat. Saya pun tak pasti, sebab itu Admin Blogger.com mungkin lebih tahu. :)

OK BAH laman blog ini.

Saya rasa nak tukar dari diarifedo.blogspot.com sebelum ini kepada okbahgaman.blogspot.com sebantar tadi. Jadi saya nak cari identiti laman ini iaitu menyerlahkan "OK Bah". "OK bah kalau kau" tu ramai dah gunakan. tak apa saya pakai "OK BAH" je sebagai identiti. :)

OK BAH kan talian hayat

Belum jam 12 tengahari tadi. Tapi rasa macam penat pula. Mungkin otak banyak sangat fikir. Nampak depan meja borang pinjaman peribadi. Bukan nak isi tapi rasa tengok cara penyampaian maklumat. Menarik juga. Walau tulisan hitam putih. Bila sebut pasal pinjaman ini, ia ibarat talian hayat. Boleh juga wujud istilah korek lubang tutup lubang. Contohnya pinjaman untuk lunaskan pinjaman lain.. Ada berbagai tempat meminjam ini. Tapi sekarang ini kalau bukan pinjaman untuk beli kereta. Rasanya tak nak lah saya. Ok bah makan ja apa yang ada sekarang. Tapi yang memerlukan atau rasa nak pinjam, pinjaman adalah talian hayat, tapi jangan dengan ALONG. Ok bah lebih lagi buat pinjaman dalam tabungan sendiri saja. < iTu pun pinjam juga bahkan. :) >

Monday 9 April 2012

OK Bah Kerja Kampung

Rasa nak tidur, tapi otak masih fikir itu ini.. Mungkin itu namanya semangat kot. Macam TURBO kereta je. Tapi tak nak pula bangun. Sejuk begini betapa syoknya tidur. Tapi mata tak nak lelap. Erm. Ini best di kampung. Sejuk. Biasalah. Hutan masih menghijau biarpun ada yang sudah dibuka dan di usahakan dengan tanaman kebun getah, buah-buahan dan macam-macam lagi yang menambah pendapatan penduduk di sini. Sebut kebun getah, harga getah sekarang jika di bandingkan beberapa tahun lalu jauh lebih tinggi. Rezeki dari kebun getah kalau yang punya berekar-ekar kebun getah, boleh goyang kaki jeh di rumah, dengan cara ambil pekerja. OK Bah, golongan yang menganggur boleh dapat kerja. Mungkin boleh dinamakan kongsi sumber pendapatan. OK Bah penting kerja bah kan. Penting halal. :)

OK BAH SINGGAH-SINGGAH DULU

Selamat petang. Hari ini ada urusan di Kota Kinabalu. Lepas itu nak sambung pusing-pusing kota kinabalu tengok kereta yang ada status dan gelaran "FOR SALE". :). Tapi mungkin kah memang nyata bahawa yang betul dicari kita susah sikit nak ketemu. Apa pun. Usaha tangga kejayaan. Ok jumpa juga.
Dah selesai semua. Apa lagi balik kota belud bah. Dalam perjalanan balik, rasa nak membeli di pasar raya milimewa pekan Tuaran. Beli makanan ringan sahaja bah. Beli makanan ringan tak juga lupa tengok kandungan. Tengok berapa tenaga, protien, karbohidrat dan lemak. Tapi yang sedap tu berlemak pula. Ok Bah. Yang penting makan..
Akhirnya sampai di kota belud. Penat.. Tapi OK BAH. :)

Sunday 8 April 2012

Ok Bah Ubat Kampung.

Selamat malam. Sebelum tidur,saya nak kongsi satu pekara. Iaitu ubat kampung. Saya sekadar nak kongsi ubat kampung yang saya gunakan sekarang. Daun bunga raya. Daun yang diambil adalah daun yang masih muda. Kemudian ditumbuk hingga hancur. Setelah itu di tekap pada bahagian yang hendak di rawat. Saya mungkin silap tarik sepanah tempoh hari hingga otot bahagian dada rasa sakit. Ibu letak daun bunga raya yang sudah hancur. Terasa sejuk sahaja. Tapi, ada rasa kurang selesa sedikit sekarang kerana rasa gatal-gatal. Mungkin tindak balas kot. Tahan je lah.Moga esok tak sakit lagi. Selamat malam. :)

Ok Bah


Hai kepada yang membaca, dan salam dari saya
Ini adalah blog yang kesekian kali. Hanya sekadar nak kongsi..

Sponsored Links