Followers

Sunday 15 April 2012

OK BAH Buah Ajaib

Ok Bah Buah Ajaib. Buah Ajaib atau merujuk kepada wiki nama saintifik dia Synsepalum dulcificum dan ada juga dalam wiki disebut "Miracle Fruit","Miracle Berry" dan macam-macam nama lagi lah. Yang pasti saya panggil saja Buah Ajaib. Melilit lidah nak sebut pula kalau sebut nama saintifik dia, biasa saya orang kampung.. Hehehe.
Ok Bah, buah ni bentuk dia bentuk bujur lebih kurang. Lepas tu sebelum masak warna hijau, bila dah masak dia berwarna merah begitu.Yang saya perna jumpa biji dia ada satu saja didalam sebiji buah (dalam dunia siapa yang tahu kadang ada tumbuhan tumbuh ganjil tak seperti kebiasaankan, Hehehe). Merujuk kepada laman wikipedia, buah ini kalau kat Jepun, popular di kalangan pesakit kencing manis dan diet. Yalah sesuailah pun bagi golongan pesakit ini sebab, bila kita kunyah buah ini (macam hisap gula-gula), lepas tu kita rasa benda yang asam jadi manis. Saya pernah makan buah hutan (kira Buah juga bah kan)  yang orang kampung di sini panggil LIPOSUH (nama dalam bahasa dusun Sabah, bahagian kampung saya. Tempat lain saya tak pasti dipanggil apa..), Kalau makan macam biasa buah tadi rasa masam. Tetapi selepas mengunyah seperti saya tuliskan tadi Buah Ajaib ni, Kalau gigi masih gagah, Buah Liposuh tadi boleh makan macam makan epal saja. hahaha. Rasanya pula menjadi manis.
Ok Bah kan Buah ajaib. hebat sungguh. Nanti saya kongsi gambar buah Buah Ajaib. Sebab, saya dah petik buah yang masak pagi tadi, masa nak makan limau. :)

Rujukan Wikipedia 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.

Sponsored Links