Followers

Saturday 9 June 2012

Ok bahkan renung ciri-ciri perompak yang mengancam keselamatan kenderaan

Nak buka topik tentang ancaman perompak terhadap keselamatan kereta pula. Selalu kita baca di surat khabar tentang kecurian kereta. Bermacam jenis kereta yang di katakan hilang. Tetapi jika di lihat teknologi keselamatan kereta sekarang boleh dikatakan sudah maju, seperti Alarm kereta, GPS, Steering Lock, dan mungkin banyak lagi teknologi lain. Namun masih ada berita tentang kehilangan kereta. Mari kita bayangkan ciri-ciri perompak ini.
1. Pengetahuan tentang kereta.
- Seperti yang kita tahu. Kereta mewah mungkin paling mudah menjadi sasaran. Yalah, harga mahal. Sekali dapat, dari dompet berhabuk terus boleh jadi berjalurkan emas dan mutiara. Tapi tak jumpa kereta mewah. Asal ada, kereta lama pun boleh jadi.
2. Kemahiran.
-Seorang perompak juga mungkin gunakan kemahiran yang paling mantap. Yalah, nak buka pintu kereta, bukan senang bagi yang tak tahu. Tidak hairan jika ada perompak yang di tangkap mempunyai paras level tinggi dalam banyak bidang kemahiran.
3. Peralatan.
-Nak buka, nak pecah masuk, nak hidupkan engine dan bermacam lagi, ini memerlukan alat. Perompak mungkin punyai alat canggih atau kreatif atau sebagainya. Nak bongkar kereta mewah, bukan perkara mudah bagi yang tak tahu. Tapi mungkin dengan alat,yang kurang tahu pun mungkin berjaya merompak.
4. Pautan.
-Pautan yang saya maksudkan, hubungan perompak dengan kolompok lain. Seperti yang kita tahu tentang pautan, mungkin kereta yang telah di rompak bukan untuk digunakan tetapi untuk dijual sama ada dalam bentuk perkakasan atau masih dalam keadaan sebuah kereta. Jadi perompak mungkin terpaksa guna orang tengah yang mungkin satu kolompok lain.
5. Peta
-Saya maksudkan peta adalah, perompak mungkin kenal sangat selok belok persekitaran tempat rompakan. Yalah nak loloskan diri dengan cepat. Jika lambat, mungkin rompakan itu gagal.
Ok bah kongsi pandangan tentang ciri perompak untuk beringat, berhati-hati selalu. Cuba kita fikir 5 perkara diatas. Bukankah dapat digunakan untuk kerja yang bukan merompak. Kerja yang lebih jauh baiknya. Seperti penghantar barang, service kereta, pemandu pelancong, dan bermacam lagi. Cuba kita fikir ciri ini semula.
1. Pengetahuan.
Cuba kita fikirkan jika perompak gunakan pengetahuan untuk menjadi pekerja jual kereta. Yalah tahu tentang kereta. Lebih mudah nak terangkan kelebihan dan kekurangan sebuah kereta.
2. Kemahiran.
-Jadi kalau dah mahir, lebih baik kerja service kereta. Dari menjadi pekerja biasa hingga membuka pusat service sendiri.
3. Peralatan.
-Dah cukup alat, boleh buka pusat service kecil-kecilan. Betul tak?
4. Pautan.
-Boleh cari banyak kolompok untuk jadi orang tengah. Jadi, jika guna cara ini untuk cari orang tengah bagi menambah pelanggan yang datang ke kedai service. Selain tu cara ini juga boleh di gunakan untuk dapatkan alat ganti dari luar yang bukan dari hasil rompakan.
5. MAP
-Jika dah tahu kedudukan, atau selok belok satu kawasan, lebih mudah buat service kereta dari rumah ke rumah atau dari satu tempat ke satu tempat. Ini lebih memudahkan pelangan dan pelangan tetap mungkin menjadi lebih ramai..
Jadi jika kita fikirkan. Adalah lebih baik berkerja pada kerja yang baik walaupun mungkin bergaji rendah. Tapi lebih terjamin. Yalah, cuba kita bayangkan. Jika selepas dah merompak beberapa hari, dan tertangkap, lalu dipenjara bertahun-tahun. Ini sangat merugikan diri sendiri.. Ok bahkan renung ciri-ciri perompak. Dan berhati-hati selalu.

2 comments:

  1. Merompak memang kaya cepat tap nak merana pun cepat jugak lah..


    Betul kata Fedo, biar gaji kecik yg penting baik untuk kita dan semua orang :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.

Sponsored Links