Followers

Wednesday 30 May 2012

Ok bah merenung tentang semut

Oleh kerana malas nak ikut serta berkelah (jalan-jalan..) pagi ini. Saya ke kebun. Ya hujung bulan saya kena save bujet. Jadi di kebun ini, saya tak buat apa-apa sekarang ini. Tapi namanya kebun. Kebun yang berdekatan yang boleh di anggap hutan. Jadi penghuninya bermacam-macam. Si monyet, si kancil, si burung, si tupai dan bermacam lagilah mungkin ini. Pagi ini angin sedikit kenyang membuatkan rasa tambah sejuk.
Ok bah jalan-jalan tempat macam ini, save bujet. Tapi nyaman juga. Dengar dedaun bergeser ditiup bayu, melihat kehijauan alam semula jadi, bunyi kicauan burung dan bermacam lagi. Dalam diamnya saya memandang alam, saya terlihat semut. Jadi tertarik mendekatinya. Susunan barisan semut ini membuatkan saya memberi pendapat dan simpulan dari pandangan saya.
1. Berdisplin. Bila lihat susunan semut, nampak berdisiplin. Kenapa saya kata begini, kerana semut yang saya lihat berjalan dalam jumlah besar namun dalam bentuk barisan. Kalau lihat dari jauh macam kereta bergerak. Fomasinya menarik. Bagi sayalah.
2. Rajin. Macam satu kata, 'Rajin Macam Semut'. Yala pagi begini dah bangun. Hehe. Entahlah camana nak simpulkan kalau 'rajin' ini. Sebab siang juga kan.
3. Satu hati. Bila nampak semut ini, nampak macam satu hati. Bergerak dalam barisan. Kalau kita berkerja, kalau ikut cara semut ini, ok tak?
Ok bah melihat, merenung, memberi pandangan tentang semut. Sekadar nak kongsi apa saya lihat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.

Sponsored Links