Followers

Saturday 2 November 2013

OKBAH : MENCETAK MENGGUNAKAN GOOGLE CLOUD PRINT DENGAN PRINTER BIASA.

GOOGLE CLOUD PRINT adalah membolehkan percetakan atas talian. Ia menghubungkan printer biasa anda boleh menggunakan cara seolah seperti printer yang telah di lengkapi wifi. Bagi pengguna android pula mungkin sukar untuk mencetak dari smartphone terus kepada printer biasa, mungkin cara biasa adalah dengan menyalin data dari Smartphone ke PC kemudian cetak.   Tapi dengan kemudahan GOOGLE CLOUD PRINT ia lebih mudah. Contohnya anda mempunyai memuat turun dokumen di rumah dan mencetak terus dokumen itu dengan menggunakan printer di pejabat.    

Sebelum menggunakan GOOGLE CLOUD PRINT anda perlu mempunyai akaun google dan sudah memasang Chrome browser.

Langkah-langkah adalah seperti berikut:
LANGKAH 1=>
1. Run browser google dan klik Customize and control Google Chrome di PC anda.


OK BAH : NOKIA MASIH BERNAFAS. LIHAT NOKIA LUMIA 1020!

Salam Sejahtera semua. Sudah lama saya tak buat entry baru. Rasanya hari ini saya hanya nak kongsi tentang telefon mudah alih. kita tahu teknologi sekarang terlalu cepat perkembangannya. Pari paparan tak berwarna kepada berwarna, berat kepada ringan dan sebagainya.
Baiklah saya sebenarnya minat dengan telefon yang multifunction, atau berbagai kegunaan. Perkara yang utama saya terfikir perlu dititik beratkan ciri-cirinya adalah seperti kamera, ketahanan bateri, bentuk binaan telefon, spesifikasi dalaman, dan HARGA (kira semua perkara terperinci sebuah telefon, betul tak?). Pemilihan tersebut perlu kerana pemilihan telefon yang tepat membuatkan penggunaan jangka panjang. Teknologi mungkin mengubah trend pengguna, tetapi kalau bujet bukan tahap yang memberangsangkan, atau pendapatan kurang, sukar kita nak kejar trend sebegini.
Saya selalu melihat iklan di laman-laman sesawang, tetapi saya tertarik dengan satu jenis telefon. Mungkin ia masih baru. Harga pun boleh tahan. NOKIA LUMIA 1020.

Bergaya namun yang buat saya kagum adalah kerana :

Photography

Main camera sensor: 41 MP, 
PureView 
Flash type: Xenon flash 



Hebat tapi. Harganya...erm.. Masih kurang pasti kat kedai berapa harganya.
Kalau nak detail klik disini.

Thursday 23 August 2012

TIPS jimat minyak petrol


Apa khabar semua. Rasanya dah lama tak tulis entry baru.  Dengan itu saya kongsikan satu entry hari ini berkenaan TIPS penjimatan minyak petrol.

1. pemanasan enjin.
Kita digalakkan memanaskan enjin sebelum memulakan perjalanan. Ini bagi membolehkanpembakaran fuel dengan lebih baik, dan dapat membiarkan minyak enjin bergerak keseluruh enjin pada RPM rendah.

Sunday 24 June 2012

OK bah saya bukan pelajar masterchef

Salam petang yang indah. Dah lama saya tak update blog dengan entry baru. Walaubagaimanapun, sebenarnya saya ada tulis entry namun saya batalkan niat nak upload. Seolah hati kata jangan. So dengar kata hati. Kerana hati ini mungkin mengetahui sesuatu yang tidak kita lihat.. entahlah. :)
Apa pun, hari ini saya uploadkan dan kongsi sebagai entry tentang makanan. Sekarang ini, saya bukanlah pelajar master chef. Bukan juga pakar masakan lima bintang. Tetapi saya memasak dengan kata hati saja kot. Sebab saya tak pernah masuk masterchef, kelas masakan atau katering di mana-mana institusi. Pendek kata masak dengan kata hati.

Saturday 9 June 2012

Ok bah jika kereta boleh berkomunikasi tetapi, bagaimana pula dengan kebaikan dan keburukannya

Baru juga buka topik tentang renung ciri perompak mengancam keselamatan kenderaan, terbaca pula akbar online hmetro.Com. "Kereta boleh komunikasi" . Ini lagi power. Kereta boleh berkomunikasi antara satu dan yang lain. Tapi saya masih kurang faham. Adakah ia sistem komunikasi semasa pemanduan sahaja ataupun waktu tidak di gunakan ia masih berfungsi menjaga keselamatan kereta. Tapi lain pula dalam fikiran saya sekarang. Cuba bayangkan jika ia diserang pengodam. Mungkin kesesakan lalu lintas mengejut. Yalah, jika dah melibat komunikasi begini, mungkin sistem komputer canggih adalah pengawal utama atau yang mengatur segala yang berkaitan. Tetapi cuba bayangkan jika di godam oleh perompak untuk menghalang dari di tangkap. Dengan menghantar isyarat brek kereta di hantar pengodam. Mungkin sudah cukup untuk buat kesesakan lalulintas. Jika bukan pengodam pun, seperti berlaku ralat di sebabkan ralat(jika yang mahir membuat perisian mungkin faham ralat yang saya maksudkan) akibat persekitaran yang tidak dapat diproses. Mungkin boleh menjadi masalah juga. Segala kemungkinan ini membimbangkan. Cuba kita bayangkan komputer dirumah. Berapa lama sahaja kita gunakan, dan ada timbul masalah seperti virus. Dan virus ini boleh di gunakan untuk menjadi alat pengodam. Ok bah jika kereta boleh berkomunikasi tetapi, bagaimana pula dengan kebaikan dan keburukannya.
P/S: Jika kereta begini di curi, jika kemudiannya kereta ini telefon pemilik bahawa kereta ini di curi dan memberitahu kedudukannya sekali. Mungkin keselamatan kereta, semakin terjaga. Tetapi bolehkah mencapai tahap menjadikan 0% kecurian? Tak tahulah...

Ok bahkan renung ciri-ciri perompak yang mengancam keselamatan kenderaan

Nak buka topik tentang ancaman perompak terhadap keselamatan kereta pula. Selalu kita baca di surat khabar tentang kecurian kereta. Bermacam jenis kereta yang di katakan hilang. Tetapi jika di lihat teknologi keselamatan kereta sekarang boleh dikatakan sudah maju, seperti Alarm kereta, GPS, Steering Lock, dan mungkin banyak lagi teknologi lain. Namun masih ada berita tentang kehilangan kereta. Mari kita bayangkan ciri-ciri perompak ini.
1. Pengetahuan tentang kereta.
- Seperti yang kita tahu. Kereta mewah mungkin paling mudah menjadi sasaran. Yalah, harga mahal. Sekali dapat, dari dompet berhabuk terus boleh jadi berjalurkan emas dan mutiara. Tapi tak jumpa kereta mewah. Asal ada, kereta lama pun boleh jadi.
2. Kemahiran.
-Seorang perompak juga mungkin gunakan kemahiran yang paling mantap. Yalah, nak buka pintu kereta, bukan senang bagi yang tak tahu. Tidak hairan jika ada perompak yang di tangkap mempunyai paras level tinggi dalam banyak bidang kemahiran.
3. Peralatan.
-Nak buka, nak pecah masuk, nak hidupkan engine dan bermacam lagi, ini memerlukan alat. Perompak mungkin punyai alat canggih atau kreatif atau sebagainya. Nak bongkar kereta mewah, bukan perkara mudah bagi yang tak tahu. Tapi mungkin dengan alat,yang kurang tahu pun mungkin berjaya merompak.
4. Pautan.
-Pautan yang saya maksudkan, hubungan perompak dengan kolompok lain. Seperti yang kita tahu tentang pautan, mungkin kereta yang telah di rompak bukan untuk digunakan tetapi untuk dijual sama ada dalam bentuk perkakasan atau masih dalam keadaan sebuah kereta. Jadi perompak mungkin terpaksa guna orang tengah yang mungkin satu kolompok lain.
5. Peta
-Saya maksudkan peta adalah, perompak mungkin kenal sangat selok belok persekitaran tempat rompakan. Yalah nak loloskan diri dengan cepat. Jika lambat, mungkin rompakan itu gagal.
Ok bah kongsi pandangan tentang ciri perompak untuk beringat, berhati-hati selalu. Cuba kita fikir 5 perkara diatas. Bukankah dapat digunakan untuk kerja yang bukan merompak. Kerja yang lebih jauh baiknya. Seperti penghantar barang, service kereta, pemandu pelancong, dan bermacam lagi. Cuba kita fikir ciri ini semula.
1. Pengetahuan.
Cuba kita fikirkan jika perompak gunakan pengetahuan untuk menjadi pekerja jual kereta. Yalah tahu tentang kereta. Lebih mudah nak terangkan kelebihan dan kekurangan sebuah kereta.
2. Kemahiran.
-Jadi kalau dah mahir, lebih baik kerja service kereta. Dari menjadi pekerja biasa hingga membuka pusat service sendiri.
3. Peralatan.
-Dah cukup alat, boleh buka pusat service kecil-kecilan. Betul tak?
4. Pautan.
-Boleh cari banyak kolompok untuk jadi orang tengah. Jadi, jika guna cara ini untuk cari orang tengah bagi menambah pelanggan yang datang ke kedai service. Selain tu cara ini juga boleh di gunakan untuk dapatkan alat ganti dari luar yang bukan dari hasil rompakan.
5. MAP
-Jika dah tahu kedudukan, atau selok belok satu kawasan, lebih mudah buat service kereta dari rumah ke rumah atau dari satu tempat ke satu tempat. Ini lebih memudahkan pelangan dan pelangan tetap mungkin menjadi lebih ramai..
Jadi jika kita fikirkan. Adalah lebih baik berkerja pada kerja yang baik walaupun mungkin bergaji rendah. Tapi lebih terjamin. Yalah, cuba kita bayangkan. Jika selepas dah merompak beberapa hari, dan tertangkap, lalu dipenjara bertahun-tahun. Ini sangat merugikan diri sendiri.. Ok bahkan renung ciri-ciri perompak. Dan berhati-hati selalu.

Friday 8 June 2012

OK BAH Kongsi Jadual Euro 2012

Saya nak kongsi Jadual Perlawanan EURO 2012 di sini. Namun Waktu ini tak ada idea nak mencorak coretan. Jadi saya kongsi Link Uefa.com. nanti sesiapa minat bola klik UEFA.COM.
Euro 2012 edisi

P/s: Mula mula pandang, lepas itu dekat, lepas itu tendang... Gooolllllllll!!!!!! . hihihihi. Just Joke...

Tuesday 5 June 2012

Ok Bah merasa bahang euro 2012

Bahang EURO 2012 semakin terasa bagi peminat sukan bola sepak. Hanya beberapa hari lagi. Mengikut maklumat yang saya dapat dari akhbar berita harian keluaran khas beberapa hari lalu, EURO 2012 dimulakan dengan empat kumpulan utama.

Kumpulan A
1.)POLAND
2.)GREECE
3.)RUSIA
4.)REP CZECH


Kumpulan B
1.) BELANDA
2.) DENMARK
3.) JERMAN
4.) PORTUGAL


Kumpulan C
1.) SEPANYOL
2.) ITALI
3.) IRELAND
4.) CROATIA


Kumpulan D
1.) UKRAINE
2.) SWEDEN
3.) PERANCIS
4.) ENGLAND


P/s : OK bah kongsi maklumat EURO 2012. Betul tak. Bayangkan dah sampai pelawanan akhir euro 2012 nanti, jika ada lagi guna sotong (octopus) untuk tentukan. Sotong tak nak pilih. Lambung duit siling, tak nak rebah duit siling itu. Nak teruskan perlawanan asyik dapat sama mata. Bagaimana nak bagi ada pemenang erk. :)

 Rujukan: berita harian keluaran khas.

Sunday 3 June 2012

OK BAH MAP Exploration about my homeland

I built thats pages as before. Now I call this as "MAP Exploration". This time, these pages are links to other websites. It is appropriate to recognize the culture of my place and else which are very interesting. I built these pages so visitors can know more about the origin of my homeland. But some of this site is still under construction, there are still some places that I have not found a link. Hopefully with this link, all my blog visitors can know more of my homeland very interesting. OK BAH "MAP Exploration". Welcome To All Visitor. Just click the green circled and flight icon to open other link.  Hopefully it's help. 

Ok bah tengok lakonan Allahyaham Sudirman haji arshad

Jom tengok 'Kami' di astro 104 sekarang ini. Kisah suka duka dua orang anak jalanan meneruskan hidup sambil mengejar 'impian'. Filem Lakonan Allahyaham Sudirman Haji Arshad. Ok bah tengok filem Lakonan Allahyaham Sudirman Haji Arshad.

Sponsored Links