Followers

Thursday, 3 May 2012

Ok bah guna mesin taip lama

Sebut tentang mesin taip jenis yang tidak guna elektrik. Yala ada juga kan mesin taip guna elektrik. Di pejabat, ada kerja yang lebih mudah dan cepat guna mesin taip. Yala, spacing manual pun boleh. Ada tiga kebaikan yang lebih ketara bagi saya.

1. Tidak perlu guna eleltrik. Namanya pun jenis yang tidak guna elektrik.
2. Tidak guna perisian untuk menaip. Jadi, tak perlu pasang sebarang perisiankan. Just beli, kalau belum pasang reben dakwat, hanya pasang, masuk kertas dan tekan aksara. Mudahkan.
3. Tiada virus(perisian). Yalah virus apa nak serang.Betul tak. Virus yang di buat-buat saja lah. Selit kertas atau ikat aksara masa tak ada yang guna. Jadi urang lain sangka rosak. Boleh tak panggil nama untuk itu sebagai Virus yang bukan perisian. Tapi virus selesma dan penyakit lain cerita lah. Hehehe.
MESIN TAIP
MESIN TAIP
Begitulah tiga kebaikan. Tapi kena tengok keburukan juga. Baru adil. INi tiga perkara, benda yang saya rasa malas guna mesin taip:
1. Dakwat reben. Bila sudah lama guna reben dakwat. Semakin lama, semakin pudar tulisan. Bayangkan bila nampak pudar, kemudian tukar. Tulisan nanti, ada pudar sebelum tukar, dan ada jelas selepas tukar. Seolah tak sekata. Nak yang sekata, kena lah ganti baru sebelum mula menaip. Ok ini biasalah jugakan. Namanya pun mesin taip lama yang tak guna elektrik.
2. Salah taip. Ini lagi masalah. Kalau masa taip sijil, lepas itu silap satu huruf. Bukankah menyusahkan. Tak pasal-pasal banyak bintik putih yang memanjang(padam guna liquid.).Itu pun kalau boleh guna liquid paper. Rasanya, nak guna pemadam khas pun susah. Saya pun tak arif tentang sijil. Cara menaip,masih belajarlah katakan. Kalau kena pada surat rasmi pula, kebetulan surat untuk pengarah. Takkan nak guna liquid paper. Terpaksalah taip balik. Susah tak. Tapi kalau hebat menaip guna mesin taip. Seronok juga kan.
3. Saiz tulisan. Kalau mesin taip kat pejabat. Tulisan kecil. Tak ada besar macam saiz. Tidak tahu kalau ada jenis banyak jenis tulisan. Yala zaman sekarang jarang guna mesin taip.
Walaubagaimana pun, ok bah guna mesin taip yang tidak guna elektrik. Kalau taip baucer, cek atau alamat di sampul surat atau perkara lain, mesin taip ini selalu di gunakan sekarang. Tapi mungkin dengan latihan, menambah kemahiran menggunakan mesin taip. Ok bah menggunakan mesin taip bukan bermakna ketinggalan zaman tetapi satu kemahiran tambahan. Bayangkan tak ada elektrik 1 hari di pejabat, dan kebetulan ada surat perlu ditujukan kepada pegawai atasan pada hari yang sama. Mesin taip terpaksa juga kita guna. Daripada tulis gunakan tangan. Tak tahu saya, boleh guna tulisan tangan atau tak. Tapi kalau ada mesin taip. Lebih baik guna mesin taip. Ok bah. Nampak kemas juga tulisan mesin taip. Tak tahu kalau ada mesin taip jenis tulisan cakar ayam atau sebagainya yang susah difahami.

Ulasan: sebenarnya tadi ada tengok kartun, dan ada sebut kebaikan mesin taip. Hehehe. Menarik. Walaupun sekadar kartun.

10 comments:

  1. mesin taip lama yang macamana erk? hohohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesin taip yang guna reben. Tak guna elektrik. He2.

      Delete
  2. cik pernah main2 mesin taip lama tp x sempat guna pon sebab dah rosak..suka la main tekan2,..hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikteddy: iya. Sedap bunyinya bg saya. Bunyi klasik. He2. Kemuncak dia lagi best. Tak tau smua mesin taip ada begitu. Ting bunyinya. Lonceng akhr.He2.

      Delete
  3. Replies
    1. LENA ELIEANA .. THANK YOU, BAHASA SAYA BILANG KOUNSIKOU....HIHIIHI

      Delete
  4. Org dolu2 ada masuk kelas menaip jd bila dh dpt sijil, typo tuh kuranglaa siket

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye. tapi... best juga kalu pandi guna mesin taip kan.. :)

      Delete
  5. anie dulu pon masuk kelas menaip guna mesin taip ni le

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. Merasa juga kelas guna taip begini. Hari tu saya exam menaip bukan guna ne. He2.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.

Sponsored Links