Followers

Sunday 29 April 2012

Ok bah kereta idaman saya

Ok. Teringat pula tentang kereta kegemaran. Nak kongsi dalam bloglah pula. Kereta impian saya sebelum ini adalah kereta kura-kura keluaran lama.(wolkwagen). Hehehe. Kenapa saya suka kereta ini, saya tertarik pada reka bentuk.. Ciri-ciri dalaman adalah perkara kedua. Mungkin ramai juga yang suka kereta lama begini. Pernah saya tonton dalam talian laman web, salah satu kereta kura-kura ini boleh terapung di atas air. Hebat tak? He2. Entah benar atau tidak. Tapi sampai sekarang saya masih minat kereta ini. Cuma harganya saya kira masih mahal walaupun kereta kura-kura jenis lama. Ok bah kereta kura kura lama kalau ada dapat murah. Nanti ganti enjin dengan engine baru. Kalau boleh sumbat.He2. Ok bah kereta idaman saya sampai sekarang. sekian.

Ok bah tengok saluran astro.

Wah lebih 130 siaran astro dari 27.O4.2012 hingga 06.O5.2012. Puas lah tengok astro ne. Ok bah tengok cerita di astro ja dari merayau waktu cuti kalau sekarang. Mahu bayar penat kan. Duduk kat rumah je lah.He2

Ok Bah Dignosis sendiri printer

Teringat masa cek printer baru beberapa hari lalu. Lucu.. Printer yang masih baru. Jenis epson. Masih berbaju plastik lagi. Tapi ada signal dalam paparan lampu printer, menandakan ada error masa cuba untuk scan. Sebab printer ini boleh guna untuk scan.. Jadi saya pun cek di buku manual printer. Kalau lampu penanda macam dalam gambar ini menyala bermakna ada masalah mengenai bahagian catrige. Tapi baru beli. Tak kan sudah habis

Ok Bah Kisah Cinta Luar Biasa

Cinta luar biasa. Apa benda itu. Bagi pendapat saya, cinta ini banyak jenis. Tetapi saya tertarik cinta luar biasa. Beberapa jenis Cinta luar biasa saya fikirkan benar benar luar biasa lah .
1. Cinta antara dua benua.

Friday 27 April 2012

Ok Bah Selenggara Sendiri handphone

Pagi ini. Lepas sarapan. Saya rehat sebelum bersedia pergi pejabat. Jadi handphone my uncle punya seolah ada masalah sim . Masalah handphone ini 1 je. Tak detect kad sim handphone. Jadi langkah saya selesaikan masalah ini saya ringkaskan di sini:
1. Buka sim,
2. masukan sim lain yang bagus punya. Dan jika handphone tak ada masalah,saya anggap masalah adalah pada sim, dan jika apabila guna sim lain handphone masih ada masalah, saya anggap masalah handphone. Tetapi masalah handphone ini saya anggap masalah sim kerana, bila guna sim lain. Ok pula.
3. Jadi saya gosok flat sim semula dengan kertas putih. Lepas itu saya pasang pergi telepon. Nampaknya jadi ok sudah. Dan boleh saya tarik nafas lega.
Ok bah selenggara sendiri handphone. Tapi hal selenggara ini tadi "try and error" saja bah.

Thursday 26 April 2012

Ok bah makan cendawan yang tumbuh di hutan

Hari ini kerja tak rasa 4pm lebih.Macam tak pecaya. Masih mampu buat kerja. Walaupun pagi minum 3 in 1 nescaffe ja. Dan ada maka sejenis cendawan dari hutan yang mama saya kutip. Nanti saya share gambar dia. Mungkinkah sebab itu masih ada power walau tak makan tengahari. Saya pun tak pasti. Tapi apa yang saya dengar cendawan jenis yang saya makan pagi tadi ada khasiat. Dan saya makan pun bukan di masak tapi membuka kulitnya dan makan isi begitu sahaja. Isi dia macam jelly. Fresh bah. Ok bah makan cendawan yang tumbuh di hutan. Tapi mesti kenal cendawan itu baru kutip ye.
Ok bah. Walau apa pun mungkin semangat kerja saja juga kot. :)

Wednesday 25 April 2012

Ok Bah pakai template yang sedia ada,


Rasanya saya belajar dan menggunakan blog sebagai salah satu saluran tambahan bukan sebulan dua lagi. Tapi blog lama saya,rasanya sudah saya terminated. Namanya belajar dan baru nak kenal, so ada yang saya terminated,ada juga mungkin saya ubah URL. Termasuk blog ini pun url dah penah ubah. Tak ingat sangat dah semua blog lama. Ok, bukan itu nak saya kongsi sebenarnya dalam pos ini. Bukan sejak bila saya buat blog tetapi tentang dua perkara. Iaitu paparan blog dan loading time.
Ramai rasanya suka pada paparan cantik. Begitu juga saya. Nak letak macam gambar, nak ubah bentuk blog, nak ubah suai semua paparan yang ada dalam blog cantik.
Tetapi.

Tuesday 24 April 2012

Ok Bah Reka Perisian Sendiri


Selamat petang. Ok bah nak kongsi tentang perisian komputer pula. Dalam laman-laman di internet ni kita boleh muat turun bermacam jenis perisian. Tapi perisian percuma ini kita kena hati-hatilah. Takut nanti ada udang sebalik mee.  Jika kita faham juruaturcara perisian, rasanya bukanlah kerja mudah. Tetapi bukan itu saya nak kongsi.

Sunday 22 April 2012

Ok Bah Baiki Latop Sendiri.

Waktu rehat di hujung minggu begini, rasa bosan. Oleh itu, saya cuba cari benda nak kongsi. Ok dapat satu. Membaiki latop hawlet package yang telah di tukar motherboard pergi dv2000. Masalah latop saya yang utama sebelum ini, boleh di hidup semula, kipas pun berpusing, tapi tak ada apa-apa paparan. Gelap sahaja monitor latop. Jadi saya ada cuba cari maklumat di internet. Bagi pemahaman saya ia seperti ini. Hidupkan latop untuk memanaskannya. Selepas itu matikan dan buka motherboard latop. Letak di tempat sejuk(saya pernah letak di peti sejuk dengan lebih kurang bersama separa kulit latop sekali) tetapi sebelum itu perlu dibungkus dengan plastik kedap udaralah rasanya paling bagus. Takut nanti basah pula. Beberapa minit keluarkan dan pasang semula motherboard di latop. Dan bila hidup dengan bagus. Update bios tersebut.
Tetapi cara ini macam masih ada kurang.Jadi saya cari caranya. Kerana cara tadi, pernah jadi bagus. Tidak tahu sebab cara itu atau kebetulan. Saya tak ingat terus jadi bagus atau tidak. Kerana cara itu rasa masih ada

Saturday 21 April 2012

Ok Bah Masak Cendawan Cara Kampung


Cendawan adalah sejenis kulat yang biasa tumbuh di atas tanah atau sumber nutriennya. Cendawan juga boleh di jadikan herba yang berguna bagi manusia. Cerita tentang cendawan, orang kampung di tempat saya selalunya mencari cendawan yang tumbuh meliar di hutan. Dan cendawan itu selalunya tumbuh dan lebih mudah di temui di batang pokok getah yang telah mati. Ada juga di temui di atas tanah, batang pokok mongkulat yang telah mati (nama pangilan sejenis pokok yang orang kampung di sini panggil), dan banyak lagi pokok lain.
Selalunya tips orang kampung di sini mengenal pasti cendawan yang tidak berapa di kenali adalah dengan melihat semut.Tapi apa pun jika tak kenal cendawan lebih baik jangan kutip. Sebab, kita takut ia memudaratkan kesihatan.

Tuesday 17 April 2012

Ok Bah Cermin Mata Gelap

Cermin Gelap kereta punya pasal, siapa sanggup kena denda?. Itulah kita kena beringat tentang cermin gelap. Mengikut satu maklumat saya dapat dari satu ucapan dalam berita online, kecerahan cermin depan dan belakang haruslah 70% keatas dan cermin sisi melebihi 50%. Begitulah syaratnya.
Memang cermin gelap juga salah satu keperluan. Bayangkan kalau memandu panas terik, kalau tak ada langsung cermin gelap ada kala silau. Lebih lagi memandu menghadap matahari. Tapi boleh guna cermin mata gelap kan. Ok Bah pakai saja cermin mata gelap. Lagi nampak bergaya. Cermin gelap ikutlah aturan. Kan bagus lagi kalau guna bayaran denda untuk isi minyak kereta .. Sendiri mahu ingatlah.

Sunday 15 April 2012

OK BAH Buah Ajaib

Ok Bah Buah Ajaib. Buah Ajaib atau merujuk kepada wiki nama saintifik dia Synsepalum dulcificum dan ada juga dalam wiki disebut "Miracle Fruit","Miracle Berry" dan macam-macam nama lagi lah. Yang pasti saya panggil saja Buah Ajaib. Melilit lidah nak sebut pula kalau sebut nama saintifik dia, biasa saya orang kampung.. Hehehe.
Ok Bah, buah ni bentuk dia bentuk bujur lebih kurang. Lepas tu sebelum masak warna hijau, bila dah masak dia berwarna merah begitu.Yang saya perna jumpa biji dia ada satu saja didalam sebiji buah (dalam dunia siapa yang tahu kadang ada tumbuhan tumbuh ganjil tak seperti kebiasaankan, Hehehe). Merujuk kepada laman wikipedia, buah ini kalau kat Jepun, popular di kalangan pesakit kencing manis dan diet. Yalah sesuailah pun bagi golongan pesakit ini sebab, bila kita kunyah buah ini (macam hisap gula-gula), lepas tu kita rasa benda yang asam jadi manis. Saya pernah makan buah hutan (kira Buah juga bah kan)  yang orang kampung di sini panggil LIPOSUH (nama dalam bahasa dusun Sabah, bahagian kampung saya. Tempat lain saya tak pasti dipanggil apa..), Kalau makan macam biasa buah tadi rasa masam. Tetapi selepas mengunyah seperti saya tuliskan tadi Buah Ajaib ni, Kalau gigi masih gagah, Buah Liposuh tadi boleh makan macam makan epal saja. hahaha. Rasanya pula menjadi manis.
Ok Bah kan Buah ajaib. hebat sungguh. Nanti saya kongsi gambar buah Buah Ajaib. Sebab, saya dah petik buah yang masak pagi tadi, masa nak makan limau. :)

Rujukan Wikipedia 

Saturday 14 April 2012

Ok Bah Di Centre Point

Bangunan Centre Point KOta Kinabalu
Gambar Centre Point Kota Kinabalu
Dari Luar. 
Ok Bah Jalan-jalan di CP... Itulah kata yang dapat saya ungkap. Kerana tempat ini kalau dalam tulisan sukar nak perbayangkan lebih dalam tentang  tarikan, ia yang memang OK. :) . Dan bila sebelum ini ada saya baca di surat khabar tentang Centre Point (CP). Nampaknya Centre Point (CP) bakal diberi nafas baru, beberapa perubahan yang saya nampak dalam gambar memang menarik dalam surat khabar. Siapa tak kenal CP kan. Kalau yang biasa di kota kinabalu memang CP ini salah satu jadi tumpuan. Kedai buku, kedai komputer, cyber cafe (CC), pawagam, kedai pakaian, dan banyak lagi memang ada kat CP sekarang.
Bangunan Centre Point KOta Kinabalu
Centre Point Kota Kinabalu 
Masa awal-awal sambung belajar di kota kinabalu kadang-kadang sampai malam di centre point,dan kadang rasa nak tergelak pun ada bila terbayang semula. Bila naik lift pun rasa lucu bila ingat balik. Apa tidaknya, kat pekan dekat kampung sampai sekarang mana ada pakai lift. Baru merasa lift masa itukan. Tak ingat sebelum itu masa jalan dekat Kota Kinabalu ada pena naik lift atau tak. Jarang-jarang turun ke Kota Kinabalu sebelumnya. Anak kampungan betulkan saya ini. Apa-apa jalah. Ok bak anak kampung. Hehehe.
Ok sambung cerita Centre Point. Ada saya ambil gambar sedikit sebanyak mengenai centre point. Mungkin ada penambahan yang buat lebih menarikkan.
Ok nanti kita lihat bila dah siap perubahan nanti. Mungkin masa selesai pembaharuan ada kelainan yang lagi menarik. OK BAH Centre Point kan. He2

Ok Bah Tunduk Macam Padi Berbuah

Ok Bah tunduk macam padi berbuah, lagi berisi lagi tunduk, betul tak . Begitu lah resminya padi. hehehe. .Erm takada idea nak kongsi. :)

Thursday 12 April 2012

Ok Bah rajin baca surat khabar

Sebelum ini saya ada update facebook, nampak gambar yang di kongsi rakan fb macam Amaran tsunami di beberapa tempat. Saya ingatkan foto ini foto lama atau sekadar share benda lama. Yalah facebook punya cerita, kita kena berhati-hatikan. Silap aturannya, karang diri sendiri haru biru nanti. Sebentar tadi baru aku ada baca berita di surat khabar hari ini punya.. "GEMPA BUMI 8.9SR DI ACHEH CETUS AMARAN TSUNAMI" begitulah bunyi tajuknya. Nasib baik jauh dari tempat aku ini. Kalau tak Dah terantuk kang baru kata aduh. Ini lah tak buka berita dalam TV. Tapi TV rosak (alasan je kan. Ada tv abang kat sebelah rumah). Ok Bah rajin tengok berita kan. Ne otoromen ja di tenggok kot (buat lawak pula :) ).
Ok mengikut berita gegaran gempa bumi bepusat di 364km ke barat daya daerah simeulue menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di kawasan pantai di beberapa povinsi di sekitarnya dan di beberapa negara Asia Tenggara.
Ok bah rajin baca surat khabarkan . Ok lah Nak cerita lanjut. Beli surat khabar sendiri. :)

OK BAH makan di sponsor


Pagi hari ni makan free. selesai aku taklimat. Ada sponsor. Apa lagi lau da free minta la apa saja. Tapi dah besa bujet. Yang terlintas di fikiran makanan yang boleh kata biasa saja. Nasi goreng ayam. Minum. Segan nak minta lebih. Ni la walau ada sponsor kena jangan lupa diri kan. Yala orang kata ala kadar. Cukuplah. (entah - entah hari ne je,lain hari, lain cerita.) Ingat pasal makanan ne, kena juga jaga pemakanan kan, yang sedap itu kita mana tahu kandungannya. Jadi makan pun kena hati bukan pandu kereta je. Penting ada tenaga buat kerja.
Dah nak selesai makan member biasa, baru turun makan sama. Sama juga ada sponsor.. Rugilah kalau lepaskan. Menu sendiri pilih lagi itu. Ni best kan kalau kerja luar ada masa tu kena ditanggung makan.
Erm ok bah kan makan free sebab ada sponsor... ;)

Wednesday 11 April 2012

Ok Bah kan kreatif

Penat. Juga lah tadi. Baru bongkar TV lama. Dan cuci kulit TV tu. Nak buat CPU guna kulit TV lama. Kalau da jumpa monitor yang sesuai. Nak juga terus pasang sekali monitor. Dulu pernah juga belajar komputer. Sedalam mana, biar saya saja tahu sekarang. :)
Lepas ini nak senaraikan perkakasan CPU dan nak lakar tempat sesuai nak letak motherboard perkakasan CPU yang lain di dalam. Warna casing TV lama yang saya guna sebagai casing CPU masih fikir. Sama ada nak cat atau biar yang asli atau tengoklah nanti. Ok Bah kan kreatif sikit.

Ok Bah menoreh getah

Nyamuk.Banyak sangat. Duduk dalam kereta denga cermin terbuka sedikit sekarang. Nyamuk mengganas meneguk darah saya.. Mungkin tak lain tak bukan sebab parking kereta dekat kebun getah. Ni baru kat dalam kereta. Cuba bayangkan tempat menoreh. Mungkinkah ada juga kurang atau tiada nyamuk. Tak pastilah udah.. Hehehe...  Saya tidak biasa menoreh sudah ini. Cuma dulu masa menganggur, pernah juga ikut menoreh. Penat juga, bau itu kalau da biasa, nyaman masih saya rasa. . Dan siapa perna merasa mesti tahu sangatlah itu. Tapi apa pun nyamuk banyak begini ada juga buat orang pakai racun nyamuk masa menoreh. Kreatif bah. Letak tempat racun nyamuk kat belakang beg, dekat samurai kampung (parang lah maksd saya), ikat dengan tali pinggang, dan lain dari itu lagi mungkin. Kreatif bah. Apa pun Ok Bah menoreh getah biarpun mungkin banyak nyamuk

Tuesday 10 April 2012

OK BAH kampung saya

Petang sudah. tapi belum gelap gulita nyamuk dah mengganas. Entah dari mana dia membiak. Kot kat parit, atau mana-mana yang berair. Nak pakai racun nyamuk tetapi awal sangat. Kena jimat.Di kampung mesti pandai maksimakan penjimatan. Tak apa. Bila nanti nyamuk datang, nanti saya bagi tamparan. Baru koh tau nyamuk. :) .
Tapi apa pun keganasan nyamuk, Ok bah di kampung ini. Suasana dia nyaman. Duduk kat beranda , nampak kat luar menghijau. Udara sejuk saja..

OK BAH Blogger.com

Rasa nak buat laman blog di bawah wordpress.com. Dan nak daftar yang tidak ada tulis wordpress.com dibelakang laman utama. Tapi bila fikir balik bagus teruskan dulu guna blogger.com ini. lagi pun kalau yang tak letak ".wordpress.com" nampaknya berbayar sekarang. Lagipun dah banyak saya belajar cara gunakan bloggger.com. Kerana saya sekarang ne lebih minat grafik. Cuma bila fikir nak letak grafik yang cantik nampak macam berat pula buka laman blog ini. Mungkin benar berat. Saya pun tak pasti, sebab itu Admin Blogger.com mungkin lebih tahu. :)

OK BAH laman blog ini.

Saya rasa nak tukar dari diarifedo.blogspot.com sebelum ini kepada okbahgaman.blogspot.com sebantar tadi. Jadi saya nak cari identiti laman ini iaitu menyerlahkan "OK Bah". "OK bah kalau kau" tu ramai dah gunakan. tak apa saya pakai "OK BAH" je sebagai identiti. :)

OK BAH kan talian hayat

Belum jam 12 tengahari tadi. Tapi rasa macam penat pula. Mungkin otak banyak sangat fikir. Nampak depan meja borang pinjaman peribadi. Bukan nak isi tapi rasa tengok cara penyampaian maklumat. Menarik juga. Walau tulisan hitam putih. Bila sebut pasal pinjaman ini, ia ibarat talian hayat. Boleh juga wujud istilah korek lubang tutup lubang. Contohnya pinjaman untuk lunaskan pinjaman lain.. Ada berbagai tempat meminjam ini. Tapi sekarang ini kalau bukan pinjaman untuk beli kereta. Rasanya tak nak lah saya. Ok bah makan ja apa yang ada sekarang. Tapi yang memerlukan atau rasa nak pinjam, pinjaman adalah talian hayat, tapi jangan dengan ALONG. Ok bah lebih lagi buat pinjaman dalam tabungan sendiri saja. < iTu pun pinjam juga bahkan. :) >

Monday 9 April 2012

OK Bah Kerja Kampung

Rasa nak tidur, tapi otak masih fikir itu ini.. Mungkin itu namanya semangat kot. Macam TURBO kereta je. Tapi tak nak pula bangun. Sejuk begini betapa syoknya tidur. Tapi mata tak nak lelap. Erm. Ini best di kampung. Sejuk. Biasalah. Hutan masih menghijau biarpun ada yang sudah dibuka dan di usahakan dengan tanaman kebun getah, buah-buahan dan macam-macam lagi yang menambah pendapatan penduduk di sini. Sebut kebun getah, harga getah sekarang jika di bandingkan beberapa tahun lalu jauh lebih tinggi. Rezeki dari kebun getah kalau yang punya berekar-ekar kebun getah, boleh goyang kaki jeh di rumah, dengan cara ambil pekerja. OK Bah, golongan yang menganggur boleh dapat kerja. Mungkin boleh dinamakan kongsi sumber pendapatan. OK Bah penting kerja bah kan. Penting halal. :)

OK BAH SINGGAH-SINGGAH DULU

Selamat petang. Hari ini ada urusan di Kota Kinabalu. Lepas itu nak sambung pusing-pusing kota kinabalu tengok kereta yang ada status dan gelaran "FOR SALE". :). Tapi mungkin kah memang nyata bahawa yang betul dicari kita susah sikit nak ketemu. Apa pun. Usaha tangga kejayaan. Ok jumpa juga.
Dah selesai semua. Apa lagi balik kota belud bah. Dalam perjalanan balik, rasa nak membeli di pasar raya milimewa pekan Tuaran. Beli makanan ringan sahaja bah. Beli makanan ringan tak juga lupa tengok kandungan. Tengok berapa tenaga, protien, karbohidrat dan lemak. Tapi yang sedap tu berlemak pula. Ok Bah. Yang penting makan..
Akhirnya sampai di kota belud. Penat.. Tapi OK BAH. :)

Sunday 8 April 2012

Ok Bah Ubat Kampung.

Selamat malam. Sebelum tidur,saya nak kongsi satu pekara. Iaitu ubat kampung. Saya sekadar nak kongsi ubat kampung yang saya gunakan sekarang. Daun bunga raya. Daun yang diambil adalah daun yang masih muda. Kemudian ditumbuk hingga hancur. Setelah itu di tekap pada bahagian yang hendak di rawat. Saya mungkin silap tarik sepanah tempoh hari hingga otot bahagian dada rasa sakit. Ibu letak daun bunga raya yang sudah hancur. Terasa sejuk sahaja. Tapi, ada rasa kurang selesa sedikit sekarang kerana rasa gatal-gatal. Mungkin tindak balas kot. Tahan je lah.Moga esok tak sakit lagi. Selamat malam. :)

Ok Bah


Hai kepada yang membaca, dan salam dari saya
Ini adalah blog yang kesekian kali. Hanya sekadar nak kongsi..

Sponsored Links