Followers

Wednesday 23 May 2012

Ok Bah kongsi mengawal tekanan di tempat kerja

Nak kongsi satu topik terlintas dalam fikiran tadi mengenai tekanan. Banyak jenis punca tekanan. Tapi satu topik terlintas difikiran saya tadi adalah mengawal tekanan di tempat kerja. Pada pandangan saya apabila
tekanan sudah meluap-luap, kerja yang sedang dibuat terpaksa dihentikan seketika atau lebih dari itu, atau ubah kerja yang dilakukan dengan kerja lain untuk biarkan otak releks, atau sebagainya. Bagi saya,cara mengawal tekanan kerja ada banyak cara. Ini senarai saya ringkaskan mengikut pandangan atau pendapat saya sendiri sekarang ini.
 A. Berfikiran positif.
 Sentiasa berfikiran positif. Tidak membiarkan hati terasa apabila memikirkan kerja yang masih belum selesai, jika tak siap akan di buang kerja. Walaupun jika hakikatnya begitu. Jangan kita biarkan diri mengalah pada fikiran negatif.
 B. Sentiasa Memberi Senyuman
Apabila memandang sesiapa pun, tidak kira dari staf paling rendah hingga paling tinggi atau sesiapa pun yang anda temui di tempat kerja. Rajinlah senyum sambil menarik nafas panjang jika perlu. Yalah pendapat saya, senyum ini juga ibarat gula. Cuba memaniskan apa sahaja di depan kita dan diri kita sendiri.
 C. Biasakan diri untuk menganggap kerja tu menyoronokkan.
 Ini memang perlu. Biar pandang kerja seperti satu permainan yang perlu kita buat dengan keseronokan namun perlu buat dengan serius dan tangkas agar dapat maksimakan kerja..
 D. Memuji diri sendiri dalam hati.
Ini bukan bermakna meminta di agungkan orang lain. Ia saya maksudkan pujian dalam hati. Biar hanya kita yang tahu. Untuk melahirkan perwatakan positif, menghiburkan hati sendiri dan mungkin banyak lagi. Dan pujian seperti ini bukan saya maksudkan diwar-warkan pada orang lain. Bukan macam ayam bertelur sebiji riuh sekampung.
 E. Ambil waktu untuk releks.
Bagi saya kita kena buat kerja dengan teratur dan terancang. Seperti menulis ayat, yang penghujung ayat itu ada tanda noktah atau koma. Ambil nafas untuk releks.
 Dan sebagainya. Ini sekadar pendapat saya sekarang..Ok bah kongsi tentang tekanan.

9 comments:

  1. Tekanan tempat ker adalah sesuatu yang kurang sihat....seharusnya kita happy bila nak gi kerja tapi kalau dah hari² tertekan...mana datangnya happy....:) kaaaan

    P/s: follow you here, follow back okes :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tukul kan bgus.He2.bah guna tip saya bg tu. Hope u can. Ok sa akan folow kmu blik.

      Delete
    2. Oya thank you. Erm hapy bisa hadir dari mcm mcm tempat kot.He2

      Delete
  2. When I have a writing deadline, I just think to myself about how great I'll feel when it is all finished. That usually helps me! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. O i see. It's motivated from positive thinking. Like
      me just now. When i
      write a poem, even nobody
      know,
      reading or else, my feeling like a full bucket to be like an empty bucket. I think it's mean satisfied. Isn't. :)

      Delete
  3. Nice post..
    Masa saya intern banyak staff berhenti kerja sebab tak tahan stress..haha they should read this..:P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekadar sebagai perkongsian. :). Terima kasih missnadira.

      Delete
  4. nice sharing. tak elok stres ni kan. ;)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda.

Sponsored Links