Followers

Saturday 12 May 2012

Ok bah bersastera menghembus nafas kepuasan

Saya tak mampu huraikan topik waktu ini. Jadi tak apa, juga jika saya selitkan satu puisi. Ok bah bersastera  menghembus nafas kepuasan.

Tajuk : Bangunku di pagi hari



Bangunku di pagi hari
bila suria menyusup kuasanya 
melalui himpunan bambuh usang
yang sudah dimamah usia


bangunku di pagi hari
bila sang burung memperagakan
kehebatan sayapnya di awangan
yang bisa gugur kemana


Bangunku di pagi hari
kelihatan lusuh perbaringanku
kerana itu aku harus bersiap
mendandan kehidupan di hadapan


bangunku di pagi hari
membuka mata dari mimpi
mengungkap langkah kehidupan
dan hidup terus melangkah...


suria menyinsing
Sekadar gambar hiasan

Ok bah kan sekali sekala bersastera... :)

4 comments:

  1. wah...puitisnye..sy memang sgt minat sastera..kagumm :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ♥ farhana ♥ : just suka suka je... hihhihi. tq..

      Delete
  2. wahhh. bangun pagi pun berpuitis ye. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.Bila kata itu timbul. Sesekali biarlah masa di abaikn

      Delete

Terima kasih atas komen anda.

Sponsored Links