Followers

Sunday 27 May 2012

Ok bah beri hadiah hari lahir ikut kemampuan untuk pasangan.

Apakah hadiah yang sesuai untuk pasangan pada hari jadinya? Bagi saya sekarang ini, hadiah nilainya bukan pada harga dalam mata wang, tapi pada keikhlasan hati. Ucapan sebaris lebih indah dari rantai emas seutas. Betulkah? Masing-masing mungkin punya pendapatkan.
Kerana ucapan mungkin diletak dalam rantai emas. Atau kerana tak mampu sekadar ucap dari mulut. Rasanya semua itu dah sangat berharga jika di sertai keikhlasan, sayang dan segala perasaan yang membahagiakan. Nak bagi kereta ferari sebiji sebagai hadiah pun, apa salahnya kalau mampu. Hadiah ikut kemampuan. Jangan kerana nak hadiahkan pasangan seutas rantai emas, sanggup rompak kedai emas sebab tak mampu beli, atau kerana nak hadiahkan percutian di luar negara, sanggup rompak kedai runcit. Tak berbaloi rasanya. Nanti satu dapat hadiah, satu pula dalam bilik berpagar besi. Dah yang di beri hadiah di kebas oleh superhero lain. Tambah parah. Betul tak? Kalau nak belikan hadiah, biar setinggi mana sayang itu, apa yang termampu , cukup sudah. Jika mampu beli sebatang pen yang hanya berharga 50 sen, ia sudah cukup berharga, jika hati tidak ada udang di sebalik batu. Iaitu udang yang di sebalik batu, udang jenis yang tak baik. Yalah mungkin kerana pen itulah, dia dapat tandatangani puluhan kontrak yang bernilai berjuta-juta. Tak pun kerana pen itu dapat tandatangan surat kawin. Eh Betul tak? :). Atau kerana tak mampu sangat hanya dapat beri ucapan, pun sangat bernilai juga. Yalah, siapa sangka kerana ucapan itu, dari pasangan stress dengan kerja, menjadi penuh semangat dan tenang kerana pasangannya memberi ucapan hari lahir. Ok bah beri hadiah hari lahir ikut kemampuan untuk pasangan.

6 comments:

  1. rietta setuju...tp nk cr hdiah utk llaki agk skar bg rietta...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Terpaksa bermacam-macam yang perlu di timbang tara sebelum ne yang saya rasa..

      Delete
  2. janji ikhlas bagi hadiah..

    ReplyDelete
  3. klu dia ingat bday kita pun dah kira syukur.. kan.. kan.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu lily. Kalau dah ingt pun. Kira special da. :)

      Delete

Terima kasih atas komen anda.

Sponsored Links