Followers

Monday 7 May 2012

Ok Bah 6 perkara mencari kerja

Mencari topik, itu lah hakikat penulis yang telah tulis entry ini iaitu Admin Diari FEDO. Ok bah, satu topik melintasi sel otak saya kot. Tempat kerja. Bagi saya salah satu perkara dalam pandangan yang saya lihat, keperluan sebelum mencari kerja.
Ada juga pencari kerja hanya melihat jenis kerja, dan gaji kerja yang ditawarkan. Lebih lagi bagi yang masih muda macam jagung muda yang tumbuh di kampung. Mungkin hanya segelintir termasuk saya jugalah sebelum ini. :). Ok bah masih belum ada pengalamankan. Tapi sekarang bila saya fikir semula, tiga perkara tentang mencari kerja saya sebut di atas perlu penambahan agar memperlihatkan kematangan. Jadi saya buat kesimpulan jadi 6 perkara untuk mencari kerja:
1. Kemahiran. 
- Bagi saya kemahiran amat penting dan menjadi keutamaan bagi apa pun  jenis kerja. Ada pekerjaan yang nampak mudah tapi bila di ukur melalui kemahiran. Ia menjadi kerja yang sukar. Kita ambil contoh mudah, pekerjaan sebagai pemandu bas 24 penumpang .  Mungkin jika nak pandu kereta seperti Van atau kenderaan lebih kecil mudah. Bagi yang dah mahir. Tapi kenderaan seperti bas mungkin tak sama. Kerana saiznya. Lebih besar. Ok kita ambil contoh lagi mudah, kalau beli kenderaan baru, yang kita tak pernah lihat apa lagi pandu, rasanya mesti lain. Kena mengenali setiap suis contohnya. Jadi kalau kurang mahir, susah jugakan.
2. Pengalaman.
-Ada segelintir pencari kerja tidak ada sijil tertinggi taraf diploma  atau lebih tinggi dari itu. Namun mungkin pencari kerja ini mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam satu bidang. Jadi dengan pengalaman ini, ia boleh digunakan sebagai bukti mempunyai kemahiran.  PENGALAMAN  JUGA SATU SUMBER TAMBAH KEMAHIRAN bagi sayalah.
3. Kemampuan.
-Ada kerja yang juga nampak mudah, tapi jika diukur dengan kemampuan. Ia tugas berat. Contohnya Pengawal keselamatan. Kita mungkin lihat pekerjaan sebagai pengawal keselamatan mudah. Lebih lagi premis seperti kedai runcit (kalau ada yang ambil pengawal kesalamatan). Tapi sebenarnya tanggugjawabnya besar. Serupa dengan tempat lain seperti bank atau kedai emas. Dan tanpa kemampuan, jika ada penyamun mencabuli pagar larangan, melayukan kuntum bunga premis tersebut, bagaimana nak tangkap atau menghalangnya. Dan jika tidak ada kemampuan untuk berjaga contohnya waktu malam, tak tahan godaan imbasan bantal empuk. Macamana nak menjaga. Jadi kemampuan juga perlu di titik beratkan bagi sayalah.
4. Tempat.
-Semasa mencari kerja, perlu juga tengok tempat berkerja. Yala, siapa tahu nampak dalam iklan, kerja dia sangat menarik. Tapi bila di risik kerja itu lebih dalam, kerja kat luar negara. Kerja di luar negara perlu kita berhati-hati, sebab takut nanti menjadi mangsa penipuan.
5. Gaji.
-Ini paling utama rasanya dan popular. Normal mencari kerja dengan melihat gaji bagi saya. Dan bagi saya melihat gaji yang ditawarkan sangat perlu. Ini untuk membayar titik peluh kita. Contohnya seorang tukag masak hotel bertaraf 5 bintang, tapi gaji di tawarkan rm300 sahaja. Dah sebelum kerja tak tengok berapa gaji ditawarkan. Jadi kena hati-hati.
6. Kemudahan
-Ini sebagai tambahan. Kadang bila kita lihat gaji rendah namun semua kemudahan lengkap disediakan mungkin masih ada sedikit pertimbagan. Yalah, Contoh gaji RM500, kerja sebagai pengawal namun semua syarikat tanggung. Contohnya makanan, tempat tinggal, bil air, bil elektrik, pengangkutan dan sebagainya ditanggung.
Mencari kerja perlu juga matang mempertimbangkannya. Apa pun mungkin banyak lagi tip lain. Normal setiap orang ada pendapatnya sendiri. Ok bah 6 perkara mencari kerja inikan?  

12 comments:

  1. wah, passion kena ada! ahaha.. setuju bah ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear yayah. Mcm mana pun.ok bh. Penting keja halal kan.

      Delete
  2. masa mula2 cr kerja dlu, sy xkisah gaji brpa asalkan ada kerja, skrg paling penting bg sy, minat kena ada, dan kemudian gaji berbaloi @ tak dgn kerja tu nanti.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Munnafendy: Ya. Betl 2. Kalau minat ada.. Ada advance cikit untk blajar. Yala kadang ada yang mudah blajar pd dia minat. Tepuk dada tnya slera.Btl tak.He2

      Delete
  3. ok bangat bah..hehe stakat nih, sy bwu aje ade 2 pengalaman kt tempat keje, x dinafikan ,persekitarannya amatlah berbeza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mizz erma, Ya. tapi pengalaman tu ilmu juga bah kan.. bagi saya. macam saintis buat ujikaji. macam uji untuk tahu keputusan. Tidak kira ujian bentuk apa pun. hehehe

      Delete
  4. gaji sangat penting..hihih..*mata duitan*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik puan muda umi. pendapat yang ada logika. Haha. Duit pun kira keperluan juga bh.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.

Sponsored Links