Followers

Wednesday, 30 May 2012

Ok bah Coretan Tentang Samsung Galaxy S III dan pandangan kriteria pemilihan telefon

Sebentar tadi ada terbaca di mymetro secara online. Tajuknya "Samsung Galaxy S III di pasaran esok". Tapi asyik dengar samsung galaxy tapi belum pernah memiliki hingga saat ini. Namun apa yang kita ada, kita kena syukuri. Betul tak? Pendapat saya sekarang ini, membeli benda elektronik seperti telefon dengan berpandukan beberapa kriteria.

1. Harga.
Bagi saya, apabila beli alat elektronik, saya selalunya lihat harganya. Yalah, membeli ikut kemampuankan. Dan bagi saya, harga yang murah tak semestinya tak baik. Cuma kena jugalah buat pilihan.
 2. Jenama. 
Jenama bagi saya perlu di titik beratkan. Yalah, kalau jenama yang biasa orang guna, jika kita tak tahu guna, mungkin mudah kita nak minta bantuan.
 3. Bentuknya.
Bentuknya bagi saya perlu dititik beratkan. Bagi saya, bentuk besar atau kecil, gelongsor, lipat atau sebagainya mempunyai keunikan tersendiri. Tapi semua itu, bergantung pada pandangn kita sendiri.
4. Spesifikasinya.
Nak beli benda elektronik, bagi saya,perlu tengok sfesifikasinya. Perlu tengok, apa cirinya. Yalah ada yang saya pernah jumpa. Murah tapi ciri dalamannya tak berapa hebat. Tak memuaskan hati ini. Satu lagi ciri yang saya fikir perlu adalah ketahanan kuasanya. Maksud saya bateri. Jika canggih mana pun alat, kalau tak dapat berfungsi kerana kehabisan cas bateri, apa lagi makna alat canggih..
5. Penyelenggaraanya.
Mungkin ada juga yang menggatakan saya tak tahu nak selenggara benda elektronik ini. Contohnya telefon. Tapi bagi saya, walaupun kita kurang mahir, cukuplah kalau kita tahu alat ganti bateri, perumah telefon ,pengecas dijual, sudah memadai atau pun alat ganti asas yang lain. Yalah itu saja paling mudah bagi saya. Saya pernah guna touch screen tapi macam PDA. Entah, tergolong dalam kategori PDA atau lain dari itu.. Itu waktu lebih kurang beberapa tahun dulu saya ada memiliki. Tapi sekarang dah nampak teruk rosaknya. Kesukaran mencari alat ganti bateri alat ini salah satu menjadi masalah..
6. Kegunaan. 
Bagi saya, kegunaan juga penting. Contohnya ada telefon yang tidak ada kamera tapi, kita memerlukan di tempat kerja telefon dan kamera. Nak beli dua benda itu tak cukup bujet atau nak bawa dua benda itu sekali rasa kurang selesa, atau hal lain. Jadi, lebih baik beli telefon yang berkamera. Bagi sayalah. (Tak tahulah jika ada juga kamera bertelefon pula sekarang). Carilah telefon berkamera yang dapat mampu milik.
       
       Semua ini hanya pandangan saya. Tidak semestinya saya guna semua ini. Cuma ini saya terfikir sekarang. Sekadar nak kongsi. Telefon saya guna online sekarang pun telefon terpakai. Harganya pun di bawah RM200. Belum genap setahun saya gunakan telefon ini, tapi dah banyak berjasa. Ok bah syukuri apa yang kita ada.

10 comments:

  1. wahh sungguh panjang entry ni tp berinformasi..


    apa2 pn kalau berminat tp poket xberkemampuan..xperlu pn xpe..tu smua bkn keperluan tp kehendak.:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sukung. Kata kmu. Tapi kalau ada sponsor samsung galaxy s III kan lagi bagus. :)

      Delete
  2. hurm.. sekarang ni macam2 yang canggih.. sampai kadang2 dah tak terikut da.. kalau berkemampuan, bolehlah nak pakai yang canggih2 macam ni..kalau tak, pakai ikut kemampuan je la..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Kalau lah kena cabutan bertuah. Kan bgus. Juga. He2

      Delete
  3. tak mmpu la nak kejar teknologi..makin lama makin canggih..semputtt..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Teknologi dunia membangunkan.. :)

      Delete
  4. samsung galaxy tu best ke? hubby sy beria nak beli.. tapi saya tunggu je la bila dia nak beli tu. sy tumpang sekaki je... ihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adriea : Saya pun tak pasti kebaikan Samsung Galaxy ini. Satu ja boleh saya rasa terserlah sangat berbanding dari handphone saya sekarang ini,ialah screennya. Tapi benda ni Masih dalam kategori mahal bagi saya sekarang ni. Wah, merasa lah juga kmu nanti bila hubby da beli Samsung Galaxy. :)

      Delete
  5. pada sya tgk pada kegunaan, sampai skrg sya masih pakai nokia yg biasa

    hahahaha kuno? sya abaikan. janji selagi boleh guna sudah kira ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telor power. Asal dapat guna bah untuk calling calling, sms sms. boleh da bah.

      Delete

Terima kasih atas komen anda.

Sponsored Links