Hari ini saya ambil cuti rehat atas urusan di Kota Kinabalu. Erm selesai semuanya, kami singgah makan di tuaran dan sebagainya(nanti banyak pula coloteh saya.Hehehe) Dalam banyak tempat saya sebenarnya nak cerita satu tempat.
Lepas beli salah satu hadiah hari guru nanti, saya masuk 1 kedai. Selalunya sebelum ini biasa singgah kat kedai ini. Tapi apa yang saya tertarik masa membeli belah di kedai itu, masa beli nescafe. Selalunya sebelum ini saya beli nescafe 3in1. Tapi kali ini, nescafe bukan jenis 3 in 1 . Jadi saya pilih nescafe classic rifill pack 100g punya. . Tapi cara jual nescafe ne tidak macam kebiasaan. Selalunya saya beli satu bungkusan. Tapi ini menggunakan kad. Tak tahu lah saya jika ada bungkusan sebenar kat sebelah rak. Malas nak cari. Nak kejar waktu. Kad itu ada gambar ,butiran dan tersusun macam bungkusan 3in1 di sebelah, tapi jenis nescafe ini dah lama tak beli. Jadi kalau berpandukan butiran seperti ini, saya tak biasa bah. Kalau tak nampak bungkusan sebenar. Saya nak pilih bungkusan yang bukan paling besar, dan bukan terlalu kecil dan bukan dalam botol. Jadi mula-mula angkat yang 200gram. Bila sudah sampai kaunter, masa nak tunggu giliran membayar di kaunter, terpandang rak bungkusan sebenar. Jadi saya pindah kaunter berdekatan rak tu. Menunggu dan sambil itu melihat senarai pack sebenar nescafe ini. 100gram macam saiznya ok. Tak terlalu besar.. Harga saya masih kurang faham walau ada tertulis dan di lekatkan di persisiran rak (wah macam pantai pula. :)). Keliru cara susunannya. Jadi saya kembali ke tempat saya ambil kad tadi. Tukarnya jenis dengan jenis 100 gram. Then berbaris semula. Selalunya membeli pack sebenar nescafe 3 in 1, senang nak faham. Tapi bungkusan, yang di jual menggunakan kad bergambar dan butirannya. Tak berapa faham saiznya. Kalau tak nampak bungkusan sebenar. Apa pun Ok Bah ringkas dan tersusun serta mudah untuk dibawa. Nak beli 10 bungkus barang ini, seolah bawa satu bungkus je. Tapi saya cuma keliru sebab masih belum biasa saja kot.
Susunan Kad (harga disembunyikan penulis blog kerana ini bukan iklan berbayar) |
hai cik buaya follow sni jum join segmen cik buaya :)
ReplyDeleteSegmen pa tu?He2
DeleteTq folow blog ni. Hehe
Delete