Followers

Tuesday, 24 April 2012

Ok Bah Reka Perisian Sendiri


Selamat petang. Ok bah nak kongsi tentang perisian komputer pula. Dalam laman-laman di internet ni kita boleh muat turun bermacam jenis perisian. Tapi perisian percuma ini kita kena hati-hatilah. Takut nanti ada udang sebalik mee.  Jika kita faham juruaturcara perisian, rasanya bukanlah kerja mudah. Tetapi bukan itu saya nak kongsi.

Antivirus khas untuk pendrive namun ada sedikit penambahan, untuk talian internet.
Flash Guard
Saya nak kongsi tentang perisian yang saya bangunkan sendiri berdasarkan teori dan percubaan berperingkat. Saya namakannya Flashguard tetapi nama kadang saya ubah masa buat tambahan semula aturcara ini. Lebih lagi nama dalam sistem. Duniawi juruaturcara memang rasa berbeza. Sebab masa saya bangunkan perisian. Berat juga tapi rasa puas. Bagi sayalah. Tak tahu juruaturcara lain. :)    Saya bangunkan menggunakan microsoft visual basic 6.0. dan beberapa lagi cara lain. Dengan gabungan beberapa command yang lain yang dikawal dalam perisian microsoft visual basic 6.0 dan sekarang ini saya gunakan microsoft visual basic 5.0 pula. Nak tahu fungsi perisian, fungsinya adalah seperti antivirus khas kepada pendrive cuma ada penambahan untuk mepelbagai fungsi perisian ini. Teori saya adalah sedikit berbeza. fail seperti aplikasi-aplikasi lain dan beberapa jenis fail lain yang saya rasa boleh dicelitkan virus, saya anggap sebagai merbahaya. Jadi perisian saya itu akan memberitahu saya agar saya boleh lihat jenis fail. Dalam perisian ini juga, saya ada buat aplikasi lain dalam aplikasi sama. Maksud saya, dalam antivirus ini ada beberapa penyekatan lain, selain dari fail biasa.
      Contohnya anda taip benda tak elok, jika perkataan itu ada dalam senarai yang saya sudah simpan sebagai tidak boleh di tulis, ia akan matikan jenis browser internet yang saya telah juga tetapkan. Rasa sukar nak bagi tengok sebab takut teori saya ketahuan pula. Saya bangunkan beberapa tahun perisian ini. Kalau saya himpunkan aturcara dalam Microsoft office word, berpuluh helai rasanya. Jadi Sayang sangat perisian ini. Perisian ini saya gunakan dengan perisian antivirus Avast, kerana ada sebabnya. Biar saya sahaja tahu. :)
Ok Bah Reka Perisian Sendiri. Walau saya tidak dapat beli latop mahal. Tetapi perisian saya, saya boleh senyum je...
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda.

Sponsored Links