Rasanya saya belajar dan menggunakan blog sebagai salah satu saluran tambahan bukan sebulan dua lagi. Tapi blog lama saya,rasanya sudah saya terminated. Namanya belajar dan baru nak kenal, so ada yang saya terminated,ada juga mungkin saya ubah URL. Termasuk blog ini pun url dah penah ubah. Tak ingat sangat dah semua blog lama. Ok, bukan itu nak saya kongsi sebenarnya dalam pos ini. Bukan sejak bila saya buat blog tetapi tentang dua perkara. Iaitu paparan blog dan loading time.
Ramai rasanya suka pada paparan cantik. Begitu juga saya. Nak letak macam gambar, nak ubah bentuk blog, nak ubah suai semua paparan yang ada dalam blog cantik.
Tetapi.
Satu masalah bagi saya dekat kampung ini, dengan latop lama, serta talian broadband yang ada masa sebelum ini macam lubang hidung hampir tersumbat, lambat sangat nak online. Macam loading kadang lama sangat. Lebih lagi buka laman blogspot yang ada banyak gambar, paparan dia yang banyak sangat reka bentuk sampai rasa berat nak buka. Jadi ini buat saya berfikir nak paparan cantik tetapi lambat atau nak lancar talian. Tak tahu ini benar ada kena mengena dengan talian atau perasaan saya ja<:p>. Tetapi juga, kita pun faham kan. Gambar juga buat lebih banyak data kena muat turun kalau gambar berat berat kita buka, atau mungkin ada cara lain. Rasanya kalau di post itu mungkin kita boleh buat jump a break, tetapi pada paparan bentuk blog mungkin kita boleh guna gambar yang berbentuk gambar kartun kecil biasa dan tak banyak atau setakat guna template sedia ada.. Ok bah pakai template yang sedia ada. Tinggal nak capai saja kan. Atau mungkin yang mahir java script ada jawapan kot. Sekian :)
haha. guna apa yang ada :)
ReplyDeleteciksukaberang
ReplyDeletean betul tu.. :)